Quotes by TradingView

Share This Post

Berita Lokal / Ekonomi dan Isu Semasa

BNM: Pengenalan Dagangan Ringgit di Singapura Bertentangan Dengan Peraturan Malaysia

BNM: Pengenalan Dagangan Ringgit di Singapura Bertentangan Dengan Peraturan Malaysia

Bank Negara Malaysia pada hari Rabu lepas, membuat kenyataan tentang pengenalan ringgit futures (dagangan hadapan) di pasaran Exchange Singapura dan Intercontinetial Exchange serta pelaburan wang ringgit diluar negara tidak mempunyai polisi dan peraturan yang sama seperti di Malaysia.

Pada bulan Novermber 2016, BNM telah mengarahkan pelabur diluar negara untuk berhenti menjatuhkan nilai ringgit dan memohon agar bank-bank yang terlibat menyerahkan kenyataan rasmi supaya dagangan ringgit di pasaran non-deliverable forward (NDF) dihentikan.

Pihak bank juga menjelaskan, gangguan nilai ringgit daripada pasaran NDF sudah reda, dan beberapa tindakan lanjut untuk meningkatkan aliran wang dalam negara akan diperkenalkan.

” Pengenalan ringgit futures di Exchange Stock Singapore (SGX) dan Intercotinental Exchange (ICE) atau ICE Futures Singapore tidak mengikut polisi dan peraturan dari jabatan pertukaran asing Malaysia (FEA)” kata BNM lagi.

Perdagangan NDF biasanya dilakukan di luar negara (off-shore). Walaupun jual beli ini tidak sah mengikut undang-undang negara, tetapi Malaysia tiada hak untuk mengambil tindakan jika ianya berlaku diluar negara.

Jurucakap bank negara tidak memberi ulasan lanjut adakah bank negara akan memberi persetujuan atau tidak kepada kontrak ringgit tersebut. Setiap pelabur diingatkan supaya sentiasa meneliti peraturan FEA terkini. Jika didapati bersalah, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah akta Financial Services Act 2013 dan Islamic Financial Services Act 2013.

Share This Post