Share This Post

Berita Lokal

Boeing Meluluskan Pembelian 16 Kapal Terbang Baru Oleh Malaysia Airlines (MAS)

Boeing Meluluskan Pembelian 16 Kapal Terbang Baru Oleh Malaysia Airlines (MAS)

Boeing telah menandatangani memorandum of understanding (MOU) untuk menjual 16 buah kapal terbang kepada Malaysia Airlines, 8 daripadanya adalah 787 Dreamliners dan selebihnya 737 MAXs, jelas syarikat (Boeing) tersebut pada hari ini.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mengumumkan rancangan pembelian kapal terbang tambahan negara ketika lawatan beliau ke White House semalam, menyatakan hasrat Malaysia untuk membeli 25 unit kapal Boeing 737 dan lapan unit kapal terbang 787 Dreamliners kepada Presiden US, Donal Trump.

Beliau turut menjelaskan syarikat penerbangan akan menambah 25 buah kapal terbang jenis 737 di masa hadapan, dan urusan ini akan menelan kos sebanyak $10 billion USD dalam tempoh 5 tahun.

Boeing bagaimanapun enggan mengulas lanjut terhadap angka yang dikeluarkan oleh Najib. Malaysia Airlines pada tahun 2016 telah menandatangani perjanjian pembelian sehingga 50 unit kapal terbang 737 MAX, yang terdiri daripada 25 pesanan tetap (firm orders) dan 25 hak pembelian.

Ketua Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew menyatakan unit 787-9 mampu beroperasi dimana-mana bahagian Eropah dan juga sebahagian destinasi di kawasan Amerika.

Daripada sumber tidak rasmi oleh Reuters semalam, Malaysia Airlines akan mempertimbangkan pembelian Airbus A330neos sebelum menguruskan pesanan unit 787.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!