Boleh Ke Trade Forex Full Time? Baca Artikel Ini.

0 2,116

Sejak post artikel semalam, ramai yang tanya pasal trading. Ya, saya nak ingatkan yang trading ini adalah tools untuk kembangkan kita punya duit.

Ada extra income. Ada duit lebih. Baru guna untuk kembangkan. Macam saya tulis semalam jugak. Ada orang guna extra duit dia beli property. Ada yang guna beli saham. Ada yang beli unit trust. Ada yang guna duit lebih dengan buat bisnes baru.

Jadi terpulang lah anda nak guna duit anda macam mana untuk beranakkan pinak kan lagi duit tu.

Antara banyak-banyak investment tools, forex trading adalah yang tersangat risiko. End up boleh hangus semua duit.

Forex trading ni adalah tersangat berisiko untuk jadikan sebuah karier full time. Memang ada orang boleh buat, tapi tak ramai. Sebab bergantung pada ilmu, modal dan dah berapa lama dia dalam bidang ni.

Macam bisnes jugak. Ramai lagi orang failed dari berjaya.

Jadi kalau nak trade forex, sila pastikan ada duit lebih untuk trading. Kalau rugi tak akan jejas hidup anda.

Trade dan jadikan duit tepi. Bukan jadikan ia sebagai main income. Hari-hari nak kena gain sekian-sekian amount untuk bayar sekian-sekian komitmen.

Trader yang trade di bank pun, kalau suruh dia berhenti, tak ada gaji full time, dan trade duit sendiri saja untuk makan hari-hari, dia pun cuak.

Ok so go on, dengan anda punya kerja, bisnes, atau apa saja anda buat sekarang. Kalau nak gandakan duit boleh cuba forex. Tengok anda berani tahan ke tak, dia punya susah dan cabaran.

Kalau sesuai dengan jiwa, kasi full blast focus untuk improved. Nanti rasa kemanisannya.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa