banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Brexit, debaran menanti. Baca dulu ringkasan minggu ini sebelum trade esok!

Brexit, debaran menanti. Baca dulu ringkasan minggu ini sebelum trade esok!

Pada minggu ini pakar ekonomi, penganalisa, pakar politik dan trader akan memberi tumpuan penuh kepada hari yang dinanti-nanti iaitu pada 23 Jun 2016, khamis. Seperti sedia maklum pada hari tersebut akan diadakan hari referendum rakyat UK mengundi sama ada mahu kekal atau keluar EU. Dan ini merupakan detik bersejarah bagi mereka.

Keputusan Brexit dijangka akan diumumkan pada keesokan hari selepas hari mengundi lebih kurang pada 2-4 petang hari jumaat waktu Malaysia.

Sumber : Reuters

telegram-moshed

Bagi kita trader, ada yang membuat keputusan hanya untuk melihat saja, ada juga yang mahu cabaran dan pengalaman trade semasa event yang besar ini.

Penganalisa ekonomi antarabangsa memberitahu, jika UK keluar daripada EU, ia akan memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi dunia. Antaranya adalah akan berlakunya sell-off Pound, komoditi dan saham besar-besaran. Manakala safe-haven seperti emas dan bond akan meningkat permintaannya. Tetapi jika UK kekal dalam EU, ia akan memberi kesan sebaliknya.

Sumber : Forex Factory

                                          Sumber : Forex Factory

Minggu ini, selain daripada isu Brexit, kita juga masih lagi bersama Presiden Federal Reserve, Janet Yellen yang akan membentangkan polisi kewangan untuk pertengahan tahun 2016 di hadapan ahli Senat di Washington DC pada selasa dan rabu.

Hari rabu nanti juga pembentangan data U.S Housing dan Durable Goods akan dijalankan.

Manakala bagi matawang Euro pula, laporan PMI akan dikeluarkan pada hari khamis dan laporan German business survey akan disiarkan pada hari jumaat.

Setakat ini, secara fundamental, USD, Gold, GBP, dan AUD bersifat neutral sementara menunggu keputusan Brexit. JPY dan CAD pula dilihat menguat.

Setelah laporan ekonomi Canada menunjukkan keadaan mereka dalam keadaan baik, ditambah lagi dengan kenaikan sementara minyak mentah, ini jelas menunjukkan CAD masih di paras yang baik.

JPY masih lagi merupakan safe haven yang kuat setelah BoJ minggu lalu tidak menaikkan interest rate mereka, sekaligus memberi keyakinan kepada trader untuk hold JPY.

Secara keseluruhannya, volatility market masih lagi tinggi pada minggu ini terutama pada hari referendum dan selepasnya.

Jadi, ikat ketat analisa teknikal & fundamental anda serta pemahaman Depth of Market diselit sekali dengan pengurusan emosi semasa trade nanti.

Adakah UK akan kekal atau keluar? Sama-sama kita nantikan dan kami di Tim Moshedfx akan membawakan berita fundamental dengan jelas tepat dan santai untuk para pembaca semua.

Teruskan bersama kami, stay tuned!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register