728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi

“Brexit Fear” sudah tiba. Ada trader sudah dibaham market atau masih ride the profit?

“Brexit Fear” sudah tiba. Ada trader sudah dibaham market atau masih ride the profit?

12 hari lagi sebelum tarikh undi, GBP/USD minggu ini ditutup dengan kadar tukaran yang rendah berbanding bulan lalu.

Semalam telah diadakan satu undian oleh ORB untuk akhbar Independent melibatkan 2,000 orang dan keputusannya adalah :

UK Kekal : 45% (-4%)

telegram-moshed

UK Keluar : 55% (+4%)

Ini adalah undian yang yang terbesar untuk pengundi “UK Keluar” berbanding “UK Kekal” dengan mendahului sebanyak 10 mata.

GBPUSD

Sebaik sahaja undian ini dikeluarkan di laman sesawang akhbar Independent semalam, GBP meneruskan jatuhan yang kritikal, yang mana sebanyak 200 pips dan terendah sejak April.

Apa yang sedang berlaku adalah “fear” menguasai pelabur-pelabur dan “fear” ini juga mungkin hanya manipulasi market untuk mendapatkan harga terbaik untuk buy.

Undian-undian sebegini memainkan peranan yang sangat penting sebelum hari pengundian sebenar. Seperti pos sebelum ini, kita boleh Nampak volatility matawang GBP sangat jelas dan sebenarnya akan melibatkan matawang EUR juga kerana Brexit ini melibatkan UK dengan EU.

Menurut Robert Ford, seorang professor politik di Universiti Manchester, katanya undian-undian awal sebegini pada awalnya menampakkan sokongan kepada “UK Keluar”, namun berakhir dengan membantu kempen “UK Kekal”. Katanya, isu ini sama seperti Refendum Scotland pada 2014 yang mahu keluar daripada UK, 11 hari sebelum hari undian, pro-keluar melebihi pro-kekal dan apabila hari undian, berlaku sebaliknya.

Jadi adakah UK akan keluar atau akan kekal? Jawapannya 23 Jun nanti dan volatility market akan diteruskan sehingga Brexit ini selesai.

Dan kita sebagai retail trader hanya mampu menganalisa secara teknikal dan fundamental serta kefahaman DOM untuk dapatkan profit.

Pesanan sekali lagi oleh tim Moshedfx.com, jaga MM betul-betul jika anda mahu trade GBP mahupun EUR. Elakkan daripada MC/SO. Dan jangan taruhkan wang anda.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register