728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Asia

Brexit Meninggalkan Kesan Trauma Berpanjangan Buat UK

Brexit Meninggalkan Kesan Trauma Berpanjangan Buat UK

GBP/USD jatuh ke paras 1.30 untuk kali pertama dalam jangka masa hampir sebulan. Kemerosotan ini disebabkan Bank of England menyasarkan pembelian long-term debt yang bernilai lebih 1 billion Pound pada Selasa. Langkah pelonggaran kuantitatif ini dilihat sebagai langkah pertama negara terbabit untuk keluar dari kemelut kemelesetan ekonomi semenjak Brexit yang lalu.

GBP-USD, 10.08

GBP/USD, 1 hari

Pound Sterling kini mencatat sejarah baru apabila menghampiri paras terendah bagi tempoh 31 tahun sejak 24 Jun.

telegram-moshed

Pada Khamis lalu BoE meluluskan tambahan sebanyak £ 60 billion wang tunai ke dalam ekonomi UK melalui pembelian bon kerajaan. Bertitik tolak dari keputusan terbabit, kadar hasil bagi UK 10-Year bond telah menyusut 5 mata asas kepada tahap paling rendah dalam rekod.

Selain itu, pound juga mengalami tekanan penurunan apabila data pembuatan UK menurun sebanyak 0.3% pada bulan lepas.

Pelabur terus menguatkan ramalan untuk kenaikan kadar daripada Fed lanjutan pengukuhan data pekerjaan Amerika Syarikat akhir minggu lepas. Pada hari Selasa, CME Group meletakkan kebarangkalian kenaikan kadar sebanyak 50% pada bulan Disember nanti dan 20% bagi bulan September.

US Dollar Index, jatuh 0.20% dan tidak banyak berubah sejak sebulan yang lepas.

Nampaknya, ekonomi UK terus menjadi taruhan. Baca ulasan team kami semalam bagi sesiapa yang ketinggalan dipautan ini. 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register