Brexit Sebenarnya Menguntungkan Negara-Negara di Asia!

0 3

Undian UK meninggalkan Kesatuan Eropah secara tidak langsung sebenarnya menguntungkan negara-negara di Asia.

Britain terpaksa mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan kongsi perdagangan di rantau tersebut  bagi meneruskan kelangsungan ekonomi Britain. Perkara ini secara tidak langsung memberi keuntungan kepada gergasi di pasaran Asia yang sudah sedia kukuh dari segi kewangan, pelancongan dan hubungan perdagangan dengan UK.

Menurut Bloomberg Intelligence, negara-negara yang terlibat termasuklah China, Jepun dan Hong Kong.

uk-2
Sumber : Bloomberg

UK mengalihkan tumpuan kepada negara-negara ini memandangkan kemelut yang melanda UK dan Kesatuan Eropah yang masih menemui jalan buntu.

Para penganalisis Bloomberg Intelligence menyenaraikan lima faktor penting bagi hubungan dua hala terbabit seperti :

  1. Perdagangan : Hubungan yang kuat akan menjamin potensi daripada perubahan perdagangan global.
  1. Pelaburan : UK menawarkan peluang perdagangan asing yang sentiasa terbuka buat mana mana negara.
  1. Kewangan : Hubungan kewangan bakal meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan.
  1. Pelancongan : Aliran masuk pelancong akan menambah aliran modal.
  1. Kadar pertukaran wang asing : Penurunan mendadak dalam matawang Pound mendatang keuntungan kepada pengeksport di UK.

    Sumber : Bloomberg
    Sumber : Bloomberg

Baca : Super Mario Run Bakal Cantas Populariti Pokemon Go!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa