Buat Perkara Ini Jika Mahu Hidup Lebih Lama -Pakar Kanser

0 648

Tidak dinafikan teknologi dalam bidang perubatan banyak mambantu manusia sejagat untuk hidup lebih lama. Namun, Dr. David Agus berkata jangan lupa dengan perkara kecil yang anda boleh buat setiap hari untuk tujuan tersebut. Dr. Agus adalah pakar kanser terkemuka di Amerika Syarikat yang pernah merawat Steve Jobs dan Lance Armstrong.

“Kita perlu fokus untuk mengelak penyakit kerana kita bukan dicipta untuk mampu mencapai umur 90 atau 100 tahun,” kata Agus kepada CNBC pada Rabu.

Dengan beberapa kombinasi pembangunan dalam teknologi pengubahan DNA dan tanggungjawab peribadi seperti duduk pada tempoh yang singkat, manusia boleh hidup lebih lama, lebih produktif, kata beliau.

“Terdapat teknologi terkini.. CRISPR. Jadi buat pertama kalinya kita boleh mengubah satu daripada 3 billion sel DNA,” katanya. “Jika awak menghidap kanser, saya boleh mengubah salah satu daripada sel T anda untuk menyerang sel kanser tersebut.”

Tetapi semua bentuk sains di dunia tidak akan membantu orang yang tidak mahu membantu diri mereka sendiri, kata Agus yang juga seorang professor perubatan dan kejuruteraan di Universiti South California.

“Duduk adalah cara merokok yang baru. Jika anda bersenam di gym, itu bagus. Tetapi duduk selama lima jam sehari adalah bersamaan dengan merokok satu kotak rokok.” Beliau mencadangkan supaya kita rehat lebih kerap untuk melawan kesan negatif duduk terlalu lama.

Terdapat beberapa perkara yang boleh kita buat untuk tujuan ini iaitu, lebih banyak berdiri sepanjang hari dan mengekalkan waktu tidur dan bangun pada masa yang konsisten.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa