Buffet: Matawang Crypto Hampir Pasti Akan Berakhir Dengan Buruk

0 1,556

Perdebatan semakin panas dalam dunia matawang crypto khususnya bitcoin iaitu matawang digital terbesar berdasarkan modal pasaran. Bitcoin telah menjadi pusat perdebatan di kalangan individu berpengaruh di Wallstreet malahan penganalisis-penganalisis ekonomi terkemuka dunia.

Ada di kalangan mereka secara berlebihan meletakkan komen negatif seperti “bodoh” dan bitcoin adalah “penipuan”, walaupun ada pelabur-pelabur yang sebenarnya telah mengaut banyak keuntungan daripada kenaikan matawang seperti bitcoin, ripple, ethereum dan lain-lain.

Terbaru, pelabur billionaire Warren Buffet adalah individu yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia pelaburan global, kini mengutarakan pendapat beliau tentang matawang crypto.

“Dari segi matawang crypto, secara amnya, ia hampir pasti akan berakhir dengan buruk,” kata Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway.

Buffet sendiri sebenarnya tidak tahu bilakah pasaran matawang crypto akan jatuh dan menegaskan Berkshire tidak mempunyai sebarang matawang crypto, tidak akan menjual matawang itu dan sama sekali tidak akan meletakkan posisi dagangan dalam matawang crypto.

“Saya sudah rasa cukup sukar dengan perkara yang saya tahu.. Jadi kenapa saya perlu meletakkan posisi buy atau sell dalam sesuatu yang saya sama sekali tidak tahu,” tambah Buffet.

Jelas di sini, Buffet mengatakan beliau sedikit pun tidak tahu tentang matawang crypto tetapi cuba menjangka kejatuhan pasaran matawang digital. Satu komen yang kurang meyakinkan bagaimana beliau boleh terfikir kejatuhan tersebut dengan tidak memahami apa sebenarnya matawang crypto itu?

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa