Buku-Buku Ini Telah Membantu Saya Menjadi Seorang Billionaire – Elon Musk

0 996

Pada hari Selasa lalu, Elon Musk telah mencatat sejarah dunia apabila menjadi usahawan yang berjaya melancar roket persendirian yang diberi nama ‘Falcon Havey’ yang dibina oleh SpaceX ke luar angkasa.

Percubaan demi percubaan, kegagalan demi kegagalan akhirnya membuahkan hasil. CEO Tesla dan SpaceX sejak dari awal jelas dengan apa yang diazamkan iaitu mengubah pengembaraan manusia daripada pengembaraan dalam dunia kepada pengembaraan di luar angkasa.

Roket tersebut membawa kereta Tesla milik pengasasnya yang juga Elon Musk. Pemandu yang duduk di kereta tersebut adalah patung yang dipakaikan pakaian seorang angkasawan, dan ia dijangka akan mengorbit matahari untuk jutaan tahun lamanya.

Buku dan pembacaan menjadi salah satu resepi kejayaan beliau.

Sejak beliau kecil, buku telah menjadi faktor penting dalam memberi dorongan dan mendekatkan beliau kepada cita-cita yang diimpikan. Seawal umur 9 tahun, Elon Musk telah mula membaca Encyclopedia Britannica dan membaca pelbagai novel sains fiksyen. Hampir 10 jam sehari, masa yang diluangkan untuk membaca.

Berikut adalah 8 buku yang mencorak idea revolusi usahawan yang bernama Elon Musk berdasarkan laman sesawang CNBC :

1. “Structures: Or Why Things Don’t Fall Down” oleh J.E. Gordon

Buku ini menjadi pencetus kepada pembentukan struktur dan sains disebalik SpaceX.

2. “Benjamin Franklin: An American Life” oleh Walter Isaacson.

Musk sangat mengagumi Ben Franklin. Di mata Musk, beliau adalah seorang hero. Dialah pengarang, saintis, diplomat dan pereka.

3. “Einstein: His Life and Universe” oleh Walter Isaacson

Musk telah memberitahu bahawa beliau begitu terpengaruh dengan Albert Einstein.

Kata Einstein yang selalu dipegang beliau ialah jangan berhenti bertanya dan sesiapa yang belum melakukan kesilapan maka dia belum mencuba sesuatu yang baru.

4. “Superintelligence: Paths, Dangers, Strategies” oleh Nick Bostrom

Walaupun Musk seorang futurist dan menaruh minat mendalam bidang kecerdasan buatan. Beliau tetap merakamkan kerisauan terhadap kesan teknologi yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Buku ini menerangkan tentang itu.

5. “Merchants of Doubt” oleh Erik M. Conway dan Naomi Oreskes

Musk menganjurkan orang ramai agar membaca buku ini seperti yang ditulis dalam Twitter beliau.

6. “Lord of the Flies” oleh William Golding

Kata Musk – Apabila saya menelusuri perjalanan hero dalam buku tersebut, ia selalu meninggalkan kesan dalam jiwa saya bahawa ada tanggungjawab yang perlu saya galas demi kesejateraan dunia.

7. “Zero to One: Notes on Startups, or How to Build the Future” oleh Peter Thiel

Buku ini mencatat idea yang unik dan ia sangat menarik untuk difikirkan.

8. The “Foundation” trilogy oleh Isaac Asimov

Buku ini ibarat memberi Musk satu kejutan dan membuatkan beliau untuk terus berusaha bagi mencapai impian beliau yang dilihat radikal oleh orang lain.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa