728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Ini Adalah Event Penting Minggu Ini Yang Semua Trader Perlu Tahu

Ini Adalah Event Penting Minggu Ini Yang Semua Trader Perlu Tahu

1.Indeks pembuatan PMI AS, Isnin (10.00pm)

Data ini menurun bagi bulan Ogos iaitu 49.4 daripada 52.6 pada bulan sebelumnya. Hanya enam industri menunjukkan pertumbuhan daripada 18 industri secara keseluruhannya. Indeks pesanan baru, indeks pengeluaran dan data pekerjaan masing-masing menunjukkan penurunan daripada bulan Julai. Kelemahan kesemua angka ini mungkin disebabkan oleh pilihan raya akan datang. Indeks ini dijangka mencecah 52.1 pada September, meningkat dari Ogos.

2.Keputusan kadar Australia, Selasa (11.30am)
Sebelum ini RBA telah mengekalkan kadar tunai kepada 1.5% selepas 2 kali pemotongan tahun ini. Bank pusat dikatakan bakal melaksanakan pemotongan kadar pada tahun 2017. Pun begitu, jangka masa itu dikatakan terlalu awal untuk menilai kesan kadar sejak kali terakhir dipotong. Jadi, tiada perubahan kadar dijangka akan dilakukan minggu ini oleh Gabenor RBA yang baru, Philip Lowe.

telegram-moshed

3. US ADP Non-Farm Employment Change, Rabu (8.15pm)
Laporan tidak rasmi bagi sektor pekerjaan ini dikatakan hanya pemanas badan kepada laporan pekerjaan yang bakal dikeluarkan pada Jumaat. Pada bulan September, ADP menjangkakan pertambahan 166,000 pekerjaan.

4. US ISM Non-Manufacturing PMI, Rabu (10.00pm)
Bulan lepas mencatatkan bacaan paling rendah sejak Februari 2010 yang sekali gus membatalkan prospek kenaikan kadar pada bulan September. Angka pada bulan September menjangkakan peningkatan kepada 53.1.

5. Data minyak mentah AS, Rabu (10.30pm)
Stok minyak mentah AS terus merosot untuk minggu keempat berturut-turut. Inventori minyak jatuh 1.9 juta tong, bertentangan dengan jangkaan penganalisis yang menjangkakan peningkatan sebanyak 2.4 juta tong sehari.

6. Tuntutan pengangguran AS, Khamis (8.30pm)
Bilangan tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 3,000 orang bagi minggu berakhir 24 September yang lalu. Pun begitu, angka itu kekal pada tahap yang rendah sekali gus menunjukkan pasaran buruh yang sihat. Bilangan tuntutan pengangguran yang baru difailkan dijangka mencatat 255,000 pekerjaan pada minggu ini.

7. Data pekerjaan Kanada, Jumaat (8.30pm)
Pasaran kerja Kanada telah pulih daripada terjunan apabila mencatatkan 26,200 pada bulan Ogos berbanding Julai lalu. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran masih meningkat kepada 7% daripada 6.9%. Berdasarkan laporan pekerjaan ini, BOC memutuskan untuk mengekalkan kadar tidak berubah pada 0.5%.

8. NFP, Jumaat (8.30pm)
NFP pada bulan Ogos mencatat 151,000 pekerjaan berbanding ramalan awal peningkatan sebanyak 180,000 pekerjaan. Kadar pengangguran tidak berubah pada 4.9% sedangkan penganalisis menjangkakan penurunan 4.8%. Bagi bulan September pula, angka pekerjaan baru dijangka meningkat 171,000, dan kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 4.9%.

Sumber : Forex Factory

Sumber : Forex Factory

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register