China Kurang Tertarik Dengan Bon Amerika, USD Menjunam Pukul 6.30 Petang Tadi

0 624

US dolar menjunam pukul 6.30 petang pada Rabu dengan USD/CHF jatuh sehingga 67 pip, emas naik 130 pip dan EUR/USD, GBP/USD masing-masing naik 90 dan 80 pip.

Indeks pasaran saham niaga-hadapan (futures) Amerika Syarikat juga memberi respon signifikan dengan Dow Jones jatuh 100 mata selepas laporan dari China. Hal ini disebabkan komen pegawai China yang mencadangkan pengurangan pegangan hutang Amerika Syarikat atau pengurangan pembelian bon kerajaan Amerika Syarikat.

Komen itu sekaligus menyebabkan hasil-bon 10 tahun AS melonjak 2.592% berikutan jangkaan permintaan bon kerajaan yang semakin berkurangan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.59% walaupun hasil-bon AS mencapai paras tertinggi.

US dolar telah melemah berbanding Yen sejak Selasa selepas BoJ mengumumkan pengurangan pembelian bon kerajaan sekaligus menolak Yen lebih tinggi berbanding matawang-matawang utama dengan USD/JPY jatuh sehingga 100 pip.

“Jika pemegang bon kerajaan AS tiba-tiba berhenti untuk membeli bon, ia akan menyebabkan masalah,” kata ketua strategist makto di MUFG, Derek Halpenny, yang merujuk kepada China.

US dolar memulakan 2018 dengan kurang memberangsangkan selepas jatuh 10% pada tahun 2017 berbanding matawang utama yang lain.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa