Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Terkini

China Mencatat Pertumbuhan Perlahan Dalam Pengeluaran Industri, Jualan Runcit dan Pelaburan Aset Tetap Tersasar

China Mencatat Pertumbuhan Perlahan Dalam Pengeluaran Industri, Jualan Runcit dan Pelaburan Aset Tetap Tersasar

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini, hasil keluaran industri China pada bulan Oktober menghampiri sasaran, manakala pertumbuhan hasil pelaburan dan jualan runcit sedikit perlahan berbanding jangkaan. Hal ini menunjukkan ekonomi China terkesan dengan pengetatan polisi kerajaan terhadap risiko hutang dan pencemaran.

Pengeluaran industri meningkat 6.2% setahun pada bulan Oktober berbanding sasaran penganalisis yang menjangkakan peningkatan sebanyak 6.3%. Pada bulan September pengeluaran industri mencatat pertumbuhan 6.6%.

Pelaburan aset tetap bertumbuh perlahanan iaitu sebanyak 7.3% daripada bulan Januari sehingga Oktober berbanding jangkaan penganlisis yang mensasarkan pertumbuhan 7.4%.

Pada ketika ini, ekonomi China telah mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dengan mencatat peningkatan 6.9% dalam pertumbuhan ekonomi bagi 9 bulan pertama tahun ini. Ditambah pula dengan sektor pembuatan dan industri yang semakin pulih dan sektor eksport yang semakin mengukuh.

Namun pertumbuhan eksport dan import ini mula bertumbuh dengan perlahan pada bulan Oktober berikutan pencemaran udara yang mengakibatkan aktiviti pembuatan pada bulan lepas sedikit terbantut.

Menurut penganalisis, data ini belum menunjukkan indikasi bahawa ekonomi akan bertumbuh perlahan namun ia mungkin memberi kesan bagi beberapa bulan akan datang.

Pelaburan swasta juga bertumbuh dengan sedikit perlahan iaitu sebanyak 5.8% berbanding bacaan sebelumnya yang mencatat pertumbuhan 6%.

Jualan runcit meningkat 10% setahun, sedikit rendah berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan pertumbuhan 10.4%.

Penganalisis menjangkakan ekonomi akan sedikit perlahan pada suku tahun keempat namun China berkemungkinan akan mencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada tahun ini sekitar 6.5%.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!