728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

China Tidak Lagi Berselera Dengan McDonald Dan KFC?

China Tidak Lagi Berselera Dengan McDonald Dan KFC?

Pelanggan di China yang sukakan rasa makanan barat mengerakkan industri makanan segera yang bernilai berbilion dollar di China. Antara pemain-pemain utama dengan nilai kongsian 38% dari industri dipegang oleh Yum! Brands Inc (KFC) dan McDonald Corp.

Tetapi sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda menunjukkan pegangan KFC dan McDonald di pasaran mula goyang apabila pelanggan China lebih berminat dengan makanan yang lebih sihat dan mereka juga mula kembali ke makanan citarasa cina seperti huoguo (hot pot) ke tangbao (dumpling stim).

Para pelabur juga semakin kurang berminat untuk melabur didalam syarikat Yum dan McDonald yang beroperasi di China. Yum ada bercadang menjual saham minority kepada rakan niaga China tetapi terpksa dibatalkan akibat tiada persetujuan dalam harga dan terma manakala McDonald menerima nasib yang sama kerana syarat mereka yang ketat.

telegram-moshed

chinese food fight

Menurut Li WeiHua dari Universiti Undang-Undang dan Sains Politik China, ramai yang berminat dengan Yum! Brands Inc dan McDonald Corp pada 5 tahun lepas tetapi disebabkan keuntungan yang menawan, tidak bersedia menjual lagi. Jika Yum dan McDonald masih bertangguh sekarang, kemungkinan besar nilai mereka akan lebih merundum 5 tahun kemudian.

Selain dari KFC, Yum juga adalah pemilik hak Pizza Hut di China dan dengan 7200 cawangan seluruh China, saiz mereka agak besar. Tetapi jumlah keseluruhan saham didalam pasaran mereka jatuh teruk dari 40% pada 2012 kepada 23.9% tahun lepas. McDonald juga tidak terkecuali dari 16.5% pada 2013 kepada 13.8% tahun lepas.

Bagi McDonald dan Yum, halangan terhadap pelabur datang dalam bentuk jenama mereka itu sendiri yang sudah terlalu lama di dalam pasaran seperti KFC yang mula di buka di Tianmen Square, Beijing pada 1987 dan dianggap sebagai sudah ketinggalan zaman. Malahan, memandangkan kedua syarikat diatas adalah pemain besar di dalam industri makanan segera, mereka telah membantutkan pertumbuhan francais makanan segera dari China itu sendiri. Oleh demikian, tiada francais China yang mempunyai pengalaman cukup untuk mengendalikan syarikat francais sebesar Yum dan McDonald.

stalling china engine

Harapan masih boleh dilihat dalam kedua syarikat ini melalui perkhidmatan berkualiti yang disediakan kepada pelanggan dan sikap mereka yang suka menyesuaikan menu dengan citarasa pelanggan di China. Yum! Brands juga telah berjaya menaikkan ramalan keuntunganya kepada 14% dari 10% dan jualan unit pertumbuhan tinggi McDonald juga naik sebanyak 1.6% pada suku terkini tahun ini.

Sebenarnya, KFC dan McDonald masih lagi mampu bertahan bukan disebabkan harga mereka sebaliknya nilai Amerika yang ditonjolkan dalam francais. Jika francais tempatan mampu memberikan nilai yang sama dengan pilihan menu yang lebih dekat dengan citarasa makanan cina, pelanggan lagi suka memilih francais tempatan yang lebih mengenali pelanggan mereka.

Di China, rakyat kini lebih suka untuk memilih produk atau perkhidmatan yang berunsur premium tidak kira sama ada mereka yang berpendapatan rendah ataupun menengah. Jenama yang sudah lama meletakkan diri mereka didalam kedudukan produk atau perkhidmatan tersebut seperti contoh Starbuck dan jenama air Evian kini semakin mendapat tempat di hati rakyat China.

Di mana dahulu permintaan tinggi terhadap burger yang mempunyai unsur-unsur Amerika yang sangat asing dan menarik, seperti itulah permintaan tinggi terhadap produk premium seperti Starbucks yang memberikan efek eksklusif kepada pembeli.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register