CPI Inflasi Kanada Meningkat Kurang Dari Jangkaan, USDCAD Mengukuh

0 22

Inflasi Kanada pada Ogos meningkat kurang daripada jangkaan seperti yang ditunjukkan dalam data yang dikeluarkan pada Jumaat.

Inflasi (CPI) bulanan pada Ogos naik 0.1% dari 0% sebelum ini pada Julai, namun kurang daripada jangkaan kenaikan 0.2%.

Dari segi tahun ke tahun (y/y) inflasi (CPI) meningkat kepada 1.4% daripada 1.2% yang dicatat pada Julai. Jangkaan pasaran pula adalah kenaikan 1.5%.

Inflasi teras yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga tidak berubah pada Ogos berbanding sebelum ini yang merosot 0.1%.

Mesyuarat Bank of Canada selepas ini akan berlangsung pada 25 Oktober.

Dalam data berasingan, jualan runcit (retail sales) di Kanada menunjukkan peningkatan lebih daripada jangkaan pada Ogos walaupun bacaan teras sedikit lemah.

Jabatan Statistik Kanada berkata peningkatan lebih daripada jangkaan pada Ogos sebanyak 0.4% berbanding sebelum ini hanya 0.1%.

Selepas data-data ini dikeluarkan pada pukul 8.30 malam, kita melihat kelemahan oleh matawang dolar Kanada dengan USDCAD mengukuh selepas mencapai paras terendah hari ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa