Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Cubaan Memanipulasi Ringgit Malaysia Pada Tahun 2011 : 2 Bank Utama Australia didenda $15 Juta

Cubaan Memanipulasi Ringgit Malaysia Pada Tahun 2011 : 2 Bank Utama Australia didenda $15 Juta

Pihak berkuasa Australia telah mengheret dua bank terkemuka di sana iaitu ANZ dan Macquarie ke mahkamah atas dakwaan memanipulasi kadar tukaran matawang asing. Pelabur matawang di institusi berkenaan didakwa membuat pakatan sulit untuk memanipulasi kadar tukaran Ringgit Malaysia pada tahun 2011.

Bank-bank berkenaan mengakui tuduhan yang dibacakan dan bersetuju untuk membayar denda sebanyak $15 juta. Pun begitu, Mahkamah Persekutuan Australia masih belum memutuskan jumlah keseluruhan denda buat bank terbabit.

Menurut Australian Competition and Consumer Commission (ACCA), salah trader di Bank Macquarie dan ANZ, termasuk beberapa bank di Singapura dikatakan telah menggunakan ruangan chat atas talian secara peribadi untuk membincangkan kadar penanda aras bagi tukaran nilai Ringgit.

ACCC (Pertandingan Australia dan Suruhanjaya Pengguna) kata seorang peniaga di Macquarie, peniaga di ANZ dan beberapa bank-bank lain di Singapura digunakan chatroom talian peribadi untuk membincangkan kadar penanda aras bagi ringgit Malaysia.

ACCC turut mengatakan bahawa cubaan bank-bank berkenaan dalam penetapan nilai tersebut dianggap sebagai melanggar peruntukan yang terdapat dalam Akta Persaingan dan Pengguna 2010.

Perkara itu sebelum ini telah disiasat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang telah menyiapkan satu kajian pada tahun 2013 dengan melibatkan hampir 20 bank yang beroperasi di Singapura.

Dalam kes tersebut, ANZ telah menghadapi 10 pertuduhan manakala Macquarie sebanyak 8 pertuduhan.

Bank ANZ juga telah bersetuju untuk membayar $9 juta termasuk kos, manakala Macquarie sebanyak $6 juta.

Pun begitu, cubaan tersebut tidak dapat dibuktikan buat bank-bank di Singapura. Justeru kedua-dua bank tersebut menerima tanggungjawab terbabit dan berjanji untuk mengetatkan pantauan agar perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.

 

ECB Mengutarakan Kebimbangan Tentang Geopolitik Semasa Dunia

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!