728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Dah Habis Beraya, Tak Tahu Nak Trade Matawang Apa? Baca Artikel Ni.

Dah Habis Beraya, Tak Tahu Nak Trade Matawang Apa? Baca Artikel Ni.

Jika anda mencari volatility yang tinggi, matawang Sterling adalah yang anda patut trade minggu ini.

Data inflasi United Kingdom, pekerjaan dan angka jualan runcit dijadualkan akan keluar dan yang paling penting adalah keputusan dasar kewangan Bank of England.

Setiap laporan ekonomi akan menyebabkan pergerakan harga matawang yang kuat dan minggu ini matawang Sterling menjadi fokus utama.

Hari ini melihatkan data inflasi akan dikeluarkan. Melihat pada kelemahan GBP, harga pengeluar dan pengguna dijangka akan meningkat bagi bulan Ogos.

Jika melihat laporan inflasi suku tahunan , BoE telah mennaikkan ramalan CPI mereka. Mereka menjangkakan akan mampu mencapai sasaran 2% bagi Q4 2017.

Kelemahan Pound juga menarik lebih ramai pelancong ke United Kingdom untuk membeli belah dan matawang yang paling kuat melawan Pound adalah matawang Renminbi (China).

Jualan dan harga kedai menurun namun perbelanjaan daripada warga asing meningkat.

Keadaan pasaran buruh pula dilihat baik dengan sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan yang positif dengan peningkatan pekerjaan yang baik bagi bulan Ogos.

Apa yang kurang baik adalah pendapatan yang sangat perlahan. Matawang GBP dijangka akan didagangkan lebih tinggi untuk permulaan minggu ini.

Rally GBP/USD semalam menunjukkan bahawa pelabur mempunyai sudut pandang yang sama mengenai Pound terutama melawan Euro dan AUD.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register