banner-mutm-728x90

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / Sesi Asia / USD/JPY

Dah Target Profit Minggu Ini? Artikel Permulaan Minggu Ini Untuk Anda!

Dah Target Profit Minggu Ini? Artikel Permulaan Minggu Ini Untuk Anda!

Aussie meningkat dalam sesi Asia sementara pasaran di Jepun ditutup hari ini. Dalam masa yang sama, para pelabur masih menanti mesyuarat bank pusat yang bakal dijalankan di Tokyo dan Washigton minggu ini.

AUD/USD didagang pada 0.7499, meningkat sebanyak 0.13%. Manakala, USD/JPY meningkat 0.03%.

AUD/USD, 30 minit

AUD/USD, 30 minit

telegram-moshed
USD/JPY, 30 minit

USD/JPY, 30 minit

Di China, harga rumah untuk bulan Ogos melonjak 7.9% berbanding angka sebelum ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar berbanding matawang utama lain, kali terakhir dinilai pada 96.06.

Jumaat lepas, US Dollar memanjat tinggi berikutan pasaran meneliti data inflasi utama US.

Selain itu, jabatan buruh melaporkan indeks harga pengguna meningkat 0.2% pada bulan Ogos berbanding jangkaan keuntungan 0.1%.

Pertumbuhan dalam sektor ini sedikit sebanyak membantu dalam menguatkan jangkaan kenaikan kadar oleh AS.

Di Jepun, yen kekal dalam momentum kerugian sementara menunggu hasil keputusan Bank of Japan yang dijadual 20-21 September ini.

Disamping itu, pelabur turut menunggu keputusan pengumuman dasar monetari oleh Rizab Bank of New Zealand pada Rabu.

 

Anda dah saksikanĀ Rancangan Moshed Biz 24Hours? Tonton sekarang dan jangan lupa untuk subscribe!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register