Share This Post

Forex dan Komoditi

Dapatkah Matawang Pound Sterling Break Price 1.50?

Kebelakangan ini kekuatan mata wang British Pound semakin merosot hari demi hari. Menurut kenyataan dari Bank of England, British Pound mengalami penurunan yang menyeluruh dan ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap rakyat mereka. Pada penggal pertama tahun lalu, ramai pelabur telah membeli Pound Sterling kerana mereka yakin Bank of England akan menaikkan kadar faedah selepas pengumuman Federal Reserves.

Walaupun BoE telah bersedia untuk menjadi bank kedua pusat utama, jurang antara langkah pertama dari Fed and BoE semakin melebar dengan cepat. Data U.K tidaklah teruk sangat tetapi (Rujuk Data Aktiviti Perkhidmatan dan Perkilangan meningkat pada bulan Oktober) tetapi pembuat dasar amat mengambil berat tentang kadar inflasi yang rendah.

 moshedfxbritisheco.jpg

Menurut ucapan dari Ketua Ahli Ekonomi dan Pengarah Eksekutif BoE, Andy Haldane ‘Keseimbangan kadar risiko inflasi semakin menurun/melemah dengan ketara’. Manakala menurut pandangan Gabenor BoE, Mark Carney optimis mengatakan produktiviti boleh berkembang dengan lebih maju daripada yang dijangkakan tetapi beliau bimbang mengenai tekanan besar yang drastik kepada golongan isi rumah. Tekanan ini akan menimbulkan kerisauan tentang kenaikan kadar yang boleh menjejaskan penggunaan.

Masalah besar bagi BoE adalah kekuatan mata wangnya. Sejak awal tahun 2015, nilai mata wang pound meningkat sebanyak 8% sehingga 10% berbanding Euro, Australia, Kanada dan New Zealand Dollars. Bukan sahaja mempunyai nilai mata wang yang kukuh malahan kadar inflasi juga rendah tetapi ia memberi kesan terhadap industri eksport kerana negara-negara lain kurang berminat untuk membeli barangan yang mahal dari negara ini.

Untuk makluman, U.K lebih banyak menjalankan aktiviti perdagangan dengan Kesatuan Eropah dan ini memberi kesan langsung terhadap EUR/GBP.

Perkembangan terkini, nilai Pound semakin negatif ataupun bahasa mudahnya merosot dan pada peringkat ini tahap 1.50 bagi GBP/USD amat membimbangkan. Jadi sama-sama kita tunggu mungkinkah Pound akan break 1.50.

Tawaran Melancong PERCUMA ke Kota London oleh Broker One Financial Markets hampir tamat hujung bulan ini – REBUT SEGERA (KLIK SINI)

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!