Share This Post

Forex dan Komoditi / Terkini

Data China Lemah, Harga Emas Jatuh Dalam Sesi Dagangan Asia

Data China Lemah, Harga Emas Jatuh Dalam Sesi Dagangan Asia

Harga emas jatuh dalam pasaran Asia pada hari Selasa berikutan sentimen pasaran yang bercampur selepas laporan jualan runcit dan hasil keluaran industri di China yang kurang daripada sasaran.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.20% kepada $1,276.38 per auns setakat jam 11.30 pagi.

Di China, hasil pelaburan aset bukan semasa meningkat 7.3% namun peningkatan ini kurang daripada jangkaan yang mensasarkan peningkatan 7.4%. Hasil keluaran industri meningkat 6.2% berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan 6.3%. Jualan runcit meningkat 10% berbanding jangkaan 10.4%.

Harga emas meningkat pada hari Isnin berikutan peningkatan permintaan safe haven yang disebabkan ketidakpastian pelabur terhada pelan perlaksanaan reformasi cukai.

Ahli The House dijangka akan mengundi berkenaan perlaksanaan reformasi cukai. Dalam masa yang sama, pengerusi The House membuat kenyataan pada hari Ahad bahawa beliay tidak akan menerima sebarang keputusan penghapusan potongan cukai.

Ketidakpastian terhadap pelan cukai tersebut telah memberi kesan terhadap penyusutan matawang US dolar dan mendorong peningkatan harga emas.

Selain itu, turut mendorong peningkatan harga emas ialah isu kempimpinan Perdana Menteri Theresa May dan kemampuan May untuk membawa kejayaan Brexit.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!