728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Data CPI UK Baik? Apa Sebenarnya CPI Ni?

Data CPI UK Baik? Apa Sebenarnya CPI Ni?

Consumer price index (CPI) atau dalam Bahasa melayu Indeks Harga Pengguna (IHP) di UK hampir mencatatkan data tertinggi dalam masa dua tahun ini pada september lepas. Data yang dikeluarkan semalam itu melebihi jangkaan dan menyebabkan matawang GBP menguat.

Dalam laporan yang dikeluarkan Jabatan Statistik UK (U.K. Office for National Statistics) kadar CPI ini meningkat 1% berbanding bulan lepas 0.6%. Data ini juga melebihi ramalan 0.9%.

Apa sebenarnya kepentingan CPI UK ini?

telegram-moshed

Data ini dianggap, data inflasi yang paling penting kerana ia digunakan sebagai petunjuk utama dalam analisis kadar Inflasi Bank pusat UK.

Kenapa data inflasi penting kepada trader?

Kadar inflasi secara ringkasnya adalah untuk kita melihat kadar kenaikan harga barang secara keseluruhannya di sesebuah negara. Jika kadar inflasi naik, menunjukkan secara asasnya permintaan barang meningkat (ramai orang berbelanja) menyebabkan harga pun naik.

Bank pusat tidak mahu harga naik terlalu tinggi, kerana ia tidak baik untuk ekonomi. Oleh itu, Bank pusat akan menggunakan alat polisi monetari (Monetary policy tools) contohnya, menaikkan kadar faedah bank supaya orang ramai sukar meminjam, menyebabkan kurang perbelanjaan dalam negara mengakibatkan kurang permintaan barang-barang, harga barang jatuh, CPI jatuh, kadar inflasi pun turut jatuh.

Hal ini adalah sama di semua negara di dunia. Setiap negara mempunyai kadar inflasi yang berbeza.

Oleh sebab itu, jika data inflasi keluar adalah bagus, matawang negara itu cenderung untuk menguat kerana menunjukkan ekonomi negara itu dalam keadaan baik. Tapi perlu di ingat inflasi yang terlalu tinggi juga adalah satu masalah ekonomi. Inflasi hanya perlu berada pada tahap optimum iaitu 2%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register