Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi

Data-data Ekonomi Yang Menjadi Tumpuan Minggu Ini

Data-data Ekonomi Yang Menjadi Tumpuan Minggu Ini

Minggu ini, para pelabur akan meneliti laporan inflasi US pada hari Khamis bagi mencari petunjuk baru berkenaan tempoh masa yang bakal di ambil oleh Fed untuk kenaikan kadar seterusnya. Tumpuan juga kepada pengumuman polisi Monetari bank pusat England (BoE) pada hari Khamis.

Berikut adalah antara data-data ekonomi signifikan yang bakal memberi impak kepada pasaran minggu ini.

11 September (Isnin)

Canada akan mengeluarkan laporan pembinaan perumahan baru (housing start) melalui Canada Mortgage and Housing Corporation (CMCH), dan menjadi petunjuk kepada perubahan dan perkembangan ekonomi berdasarkan pekerjaan-pekerjaan baru yang dicipta.

12 September (Selasa) 

Sesi Asia, National Australia Bank Limited (NAB) akan mengeluarkan bacaan indeks keyakinan perniagaan yang mengukur kondisi pasaran dan perubahan sentimen berdasarkan aktiviti-aktivit ekonomi seperti perbelanjaan, pelaburan dan pengambilan pekerjaan.

Di sesi Eropah pula, UK akan mengeluarkan laporan inflasi bulanan yang terdiri daripada CPI, PPI, Core CPI dan lain-lain. Data-data ini penting dalam keseluruhan inflasi yang tumpuan bank pusat bagi menentukan polisi monetari mereka seterusnya.

13 September (Rabu)

Swistzerland akan mengeluarkan bacaan inflasi harga pengeluar (PPI) dan akan memberi impak kepada matawang swiss franc. Laporan pekerjaan bulanan UK juga akan dikeluarkan hari yang sama. Dan pada sesi New York, US juga kana melaporkan bacaan indeks inflasi harga pengguna (PPI)

14 September (Khamis)

Hari yang penting bagi setiap sesi pasaran. Di Asia, Australia akan melaporkan data pekerjaan bulanan. China pula mengeluarkan data pelaburan aset tetap yang menjadi ukuran kepada jumlah perbelanjaan pelaburan di kawasan bukan luar bandar seperti perkilangan, jalan, grid kuasa dan hartanah.

Bank pusat Swiss pula akan mengumumkan polisi monetari terkini serta dasar-dasar penilaiaan mereka. UK pula akan mengumumkan kadar faedah bank serta polisi monetari mereka yang terkini.

Di Canada, laporan inflasi harga rumah yang baru akan dikeluarkan. Sektor perumahan antara sektor tumpuan di Canada kerana paras harga yang tinggi ketika ini.

Sesi New York pula, Amerika akan mengeluarkan laporan harga inflasi pengguna dan tuntutan pengangguran yang menjadi antara fokus utama kepada Federal Reserve

15 September (Jumaat)

Data aktiviti pengeluaran sektor swasta New Zealand akan dikeluarkan. Di Amerika pula, laporan ekonomi berkenaan pengeluaran industri, jualan runcit, aktiviti pembuatan di New York dan sentimen pengguna akan mengakhiri data ekonomi minggu ini.

Share This Post