Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi

Data Inflasi Penentu Kenaikan Berterusan US Dolar Dengan Andaian ‘Ceteris Paribus’

Data Inflasi Penentu Kenaikan Berterusan US Dolar Dengan Andaian ‘Ceteris Paribus’

Harga emas bergerak sideway (mendatar) pada Isnin berikutan pemain-pemain pasaran menunggu data bulanan inflasi dari Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Disebabkan harga emas biasanya akan terkesan oleh pergerakan US dolar, penting untuk melihat sentimen yang berpotensi menggerakkan US dolar contohnya, data inflasi dan juga komen oleh ahli-ahli FOMC Federal Reserve.

Selain daripada harga pengguna pada Jumaat, terlebih dahulu pasaran akan berhadapan dengan data harga pengeluar pada Khamis yang juga penting untuk dilihat kerana kesannya yang signifikan kepada harga pengguna (CPI).

Sepanjang minggu ini ahli-ahli FOMC akan berucap yang termasuk Neel Kashkari, Robert Kaplan dan William Dudley.

Apabila melihat kepada pasaran hadapan Fed Fund Future, pasaran seakan meragui perancangan pengetatan polisi oleh bank pusat walaupun dengan data kadar gaji pekerja Jumaat lalu menunjukkan prestasi positif dengan kenaikan average hourly earnings (purata gaji per/jam) kepada 0.3% daripada 0.2%.

Walaupun dengan perkembangan positif data penting di US, namun US dolar masih lagi terdedah kepada risiko politik Trump yang masih dalam siasatan Kongres tentang hubungan kempen pilihanraya beliau dengan pihak Rusia.

Apa yang mesti diketehaui di sini adalah, US dolar dijangka akan menguat, jika data inflasi minggu ini merekod prestasi positif. Walaupun dengan data yang positif sekalipun, tetapi jika ada risiko politik atau polisi di US, ia akan menyebabkan pergerakan yang tak menentu (volatile) dalam pasangan matawang US dolar (XXXUSD atau USDXXX).

Data inflasi pada minggu ini akan menjadi confirmation (pengesahan) kepada data NFP minggu lalu seterusnya mengukuhkan US dolar, tetapi dengan andaian cateris paribus (faktor lain tidak berubah). Faktor lain tidak berubah di sini bermaksud, tiada sentimen negatif terhadap polisi, politik, geopolitik, bencana atau perkara lain di Amerika Syarikat yang akan mempengaruhi pergerakan US dolar.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!