Data Kurang Memuaskan Namun US Dollar Tidak Berganjak Banyak!

0 1

Matawang US Dollar dilihat tidak mengalami perubahan yang drastik melawan matawang utama lain walaupun dengan data sektor perumahan Amerika Syarikat yang kurang baik.

Dilihat para pelabur lebih menantikan kenyataan daripada Federal Reserve dan Bank of Japan.

EUR/USD berada di paras 1.1178.

Jabatan Perdagangan memberitahu permulaan perumahan turun 5.8% iaitu kepada 1.142 juta unit berbanding Julai dengan sebanyak 1.212 juta unit.

Sementara itu jumlah permit bangunan yang dikeluarkan menurun sebanyak 0.4% kepada 1.138 juta unit daripada 1.144 juta unit.

Pelabur dilihat berhati-hati dengan US Dollar menanti mesyuarat dasar kewangan Fed dan ketidakpastian dengan status interest rate.

GBP/USD turun ke paras 1.2964, terendah sejak 16 Ogos. USD/JPY didagangkan pada paras 101.85 manakala USD/CH turun 0.10%.

Matawang yang berkaitan dengan minyak mentah menghadapi masalah apabila Menteri minyak Venezuela memberitahu lebihan minyak dunia adalah sebanyak 10%.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa