Data Non-Farm Payroll (NFP) Mengecewakan, USD/CAD Junam 140 Pip

0 610

Laporan data pekerjaan Amerika Syarikat yang terbaru menunjukkan tambahan pekerjaan yang jauh meleset daripada jangkaan. Kadar pengangguran tidak berubah dan kekal di paras terbaik 4.1%. Manakala data gaji meningkat sejajar dengan jangkaan.

Pekerjaan bertambah sebanyak 148,000 pada Disember berbanding 228,000 dicatat sebelum ini. Walaubagaimanapun, bacaan kurang daripada jangkaan pasaran 190,000.

Kadar pengangguran kekal di paras 4.1% sejajar dengan jangkaan pasaran menunjukkan pasaran buruh yang kekal baik.

Average hourly earnings pula hanya meningkat 0.3% sejajar dengan jangkaan, tetapi melebihi bacaan sebelum ini 0.2%.

Kenaikan dalam kadar gaji sedang diteliti oleh Federal Reserve untuk mendapatkan lebih bukti tentang masalah kecil dalam pasaran buruh. Ia juga dilihat oleh bank pusat sebagai proksi kepada inflasi. The Fed juga mahu melihat sama ada terdapat tekanan terhadap kenaikan inflasi.

Dalam tambahan jumlah pekerjaan, komponen sektor swasta hanya menambah seramai 146,000 pekerja baru berbanding jangkaan 185,000. Sektor kerajaan pula menambah 2,000 pekerja selepas merekod tambahan 13,000 pada November. Kadar penyertaan tenaga buruh kekal stabil tidak berubah daripada 62.7%.

Setakat ini pasaran tukaran matawang menunjukkan pergerakan yang signifikan selepas hampir 30 minit data dikeluarkan. Setakat pukul 9.53 malam, USD/JPY membuat penurunan 25 pip sejajar dengan data yang bercampur-campur di mana jumlah pekerjaan negatif tetapi data gaji sejajar dengan jangkaan 0.3%.

Ketika ini, kita juga dapat melihat kelemahan US dolar berbanding Euro, Aud, Swissy dengan emas turut membuat kenaikan.

USD/CAD membuat junaman terbanyak sehingga lebih 140 pip disebabkan kombinasi data lemah Amerika Syarikat dan data positif Kanada.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa