Data Positif Dari Australia Tidak Menjamin Peningkatan Aussie

0 3

Dollar Australia dan New Zealand menyusut lebih rendah berbanding US Dollar pada Selasa walaupun data kelulusan bangunan di Australia menguat. Hal ini kerana US Dollar kekal meneruskan pengukuhan seiring dengan prospek peningkatan kadar AS.

AUD/USD menurun kepada 0.7562.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Biro Statistik Australia berkata, kelulusan bangunan meningkat sebanyak 11.3% pada bulan Julai. Bagaimanapun, kelulusan pelan bangunan merosot pada 4.7% daripada jangkaan awal.

NZD/USD menyusut 0.11%.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

US Dollar meneruskan pengukuhan pada Jumaat selepas ucapan Yellen seiring dengan pengukuhan pasaran buruh dan pertumbuhan ekonomi.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 95.75.

Pengalaman Lelaki Ini Ternyata Membuatkan Beliau Lebih Kental!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa