banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Debaran Ucapan Janet Yellen Malam Ini Semakin Kuat. Anda Dah Bersedia?

Debaran Ucapan Janet Yellen Malam Ini Semakin Kuat. Anda Dah Bersedia?

Minggu ini matawang Greenback mengukuh berikutan para pelabur menantikan ucapan Janet Yellen di Jackson Hole hari ini.

Perhimpunan tahunan Federal Reserve ini merupakan peluang yang sangat penting bagi penggubal-penggubal dasar untuk membincangkan mengenai ekonomi global dan dasar kewangan secara terbuka.

Mesyuarat tahun lepas tidak dihadiri oleh Yellen dan kehadirannya tahun ini memang sangat-sangat dinantikan.

telegram-moshed

Salah satu topik utama mesyuarat kali ini adalah perbincangan mengenai eksperimen global dengan kadar rate negatif serta inflasi.

Kebanyakan topik adalah berkenaan inflasi, kadar negatif namun apa yang dinantikan adalah apakah kenyataan Janet Yellen mengenai interest rate dan adakah akan berlakunya kenaikan pada tahun ini?

2 orang ahli majlis tertinggi Fed, Dudley dan Fischer memberitahu yang mereka yakin akan adanya kenaikan pada tahun ini.

Pelabur juga menantikan komen berbunyi hawkish daripada Yellen hari ini namun adakah Yellen akan mengeluarkan kenyataan yang cukup agresif?

Beberapa bulan lalu kita melihat betapa skeptikalnya central banks seluruh dunia. ECB, BoJ, BoE dan RBNZ  memberitahu yang mereka akan meneruskan pelonggaran, matawang mereka dilihat masih di paras baik kerana data yang keluar tidaklah begitu teruk.

Kebanyakan daripada ahli Fed percaya akan berlakunya kenaikan kadar pada tahun ini namun Fed Fund Futures menunjukkan pelabur-pelabur tidak begitu yakin.

Jadi, untuk US Dollar menguat, pelabur-pelabur mahukan kenyataan yang sangat jelas dan hawkish daripada Janet Yellen mengenai kenaikan rate.

Yellen perlu mengeluarkan kenyataan yang akan berlakunya kenaikan pada tahun ini. Pun begitu ramai menjangkakan Yellen tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register