banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Debat Pertama Pilihanraya AS : Trader Seluruh Dunia Meletakkan Kemenangan di Pihak Clinton

Debat Pertama Pilihanraya AS : Trader Seluruh Dunia Meletakkan Kemenangan di Pihak Clinton

S&P500 Futures meningkat 16 mata sepanjang perdebatan Clinton dan Trump pagi tadi. Indeks tersebut naik mendadak dari 2,135 kepada 2,151.50.

S&P 500 Futures, 30 minit

S&P 500 Futures, 30 minit

Selain itu, peso Mexico juga mengukuh berbanding US Dollar sebagai salah satu petunjuk bahawa trader di seluruh dunia meletakkan kemenangan di pihak Clinton.

telegram-moshed

Pasaran Asia termasuk Nikkei dan Shanghai Composite juga menunjukkan sedikit peningkatan.

Selain itu, emas juga didagang rendah sepanjang perbahasan berlangsung.

Kedua-dua calon tersebut memulakan perdebatan mengenai isu ekonomi. Trump menegaskan bahawa NAFTA yang ditanda tangani oleh Presiden Bill Clinton sebelum ini mendatangkan kesan buruk terutamanya kepada industri pembuatan. NAFTA dikatakan memberi kesan kepada ekonomi US berikutan pengurangan halangan perdagangan terhadap China dan Mexico.

Hillary Clinton pula membidas kenyataan terbabit dan mengatakan bahawa 95% dunia memerlukan ekonomi yang bercorak moden.

Trump juga mengundang kontroversi apabila mengatakan bahawa Fed sengaja membiarkan kadar pada tahap yang rendah sehingga Presiden Barack Obama secara rasminya meninggalkan jawatan beliau.

Bagi yang ketinggalan untuk update debat Clinton dan Trump pagi tadi, klik disini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register