728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Dendam Kesumat Seorang Trader Akhirnya Memakan Diri Sendiri

Dendam Kesumat Seorang Trader Akhirnya Memakan Diri Sendiri

Waktu yang paling bahaya buat seorang trader selepas mengalami loss yang sangat besar.

Naluri untuk membalas dendam terhadap market, keinginan untuk mendapatkan semula jumlah loss tadi membuak-buak dan hati takkan tenang selagi tak cover balik loss tadi dan dapatkan untung semula.

Perkara ini sangat berbahaya dan diakibatkan oleh keputusan yang tidak rasional akan menyebabkan jumlah loss untuk membalas dendam adalah lebih dasyat daripada loss yang pada awalnya tadi.

telegram-moshed

Ada yang MC/SO dan inilah saat getir, saat yang menentukan sama ada nak mengalah daripada industri ini.

Broker penipu! Market makan duit aku! Betullah cakap kawan aku, trade nak dapat duit ni angan-angan belaka!”

Dan dialog seperti di atas keluar menjadi status Facebook, Twitter dan sebagainya.

Di sini ada 1 nasihat daripada Chuck Hays daripada temu bual bersama Kathy Lien untuk bukunya :

Trade untuk balas dendam adalah trade yang membabi buta. Risiko diambil 100% menggunakan emosi. Jika trading plan tak menjadi dan anda cuba untuk trade mahu dapatkan balik jumlah loss tadi, anda akan kehilangan duit yang lebih banyak. Saya rasa saya sudah belajar daripada pengalaman sebelum ini adalah lebih baik, senang dan selamat untuk mendapatkan kembali loss tadi dengan konsep sedikit demi sedikit. Rahsianya adalah fokus kepada trade yang tinggi kebarangkaliannya untuk profit dan ulang fokus ini sehingga profit dapat cover kerugian tadi.”

Dengan konsep yang tenang dan steady ini akan mengelakkan kita daripada mudah tertekan dan risiko yang diambil tidaklah terlalu besar.

Ada saja yang apabila loss, mula nak buka trade dengan full margin yang akhirnya menyebabkan akaun hangus begitu saja. Rugi kan?

Strategi ini yang menunjukkan trader seperti Chuck mampu kekal lama dalam industri ini dan berjaya.

Ingat, ubah mindset daripada “trade dan cepat kaya” kepada “trade tanpa menghanguskan akaun”.

Selepas loss, jaga emosi, tenangkan diri. Kemudian cari setup yang win dia tinggu. Jaga MM dan akaun tidak akan MC/SO semudah ABC.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register