Share This Post

Inspirasi

Disebabkan Keinginan ‘Memanjat Pagar” Yang Membuak-Buak Menjadikan Lelaki Ini Seorang Billionaire

Disebabkan Keinginan ‘Memanjat Pagar” Yang Membuak-Buak Menjadikan Lelaki Ini Seorang Billionaire

Howard Schultz merupakan lelaki yang merubah Starbucks daripada sebuah kedai kopi kecil sehingga menjadi sebuah empayar kopi global.

Howard memiliki kekayaan sebanyak $1.5 juta namun Howard bukanlah daripada keluarga yang kaya.

Membesar dalam keluarga miskin di Brooklyn, Howard dibesarkan dengan suasana yang sangat daif namun kemahuan Howard untuk ‘memanjat pagar’ menjadikannya seorang yang berjaya.

Howard sentiasa merasakan dirinya hidup di bahagian yang kurang menggembirakan di mana, orang di sebelah lebih berduit dan gembira.

Itulah yang menjadikannya mahu ‘memanjat pagar’ dan mencapai apa yang dimahukannya. Sehingga hari ini, walaupun Howard sudah bergelar sebagai seorang Billionaire, Howard masih ke Brooklyn untuk mengenang kembali hidup susahnya dahulu.

Howard pernah bertanyakan kepada keluarganya kenapa orang lain memiliki tv berwarna tetapi tidak keluarganya.Howard berjaya mendapatkan ijazah dan bekerja untuk Xerox kemudiannyaka ke firma Hammarplast.

Semasa bekerja di situ, Howard perasan sebuah kedai kopi yang lain daripada kedai kopi lain.

Semasa ke Milan pada tahun 1981, Howard perasan bahawa kedai kopi di sana digunakan sebagai hub untuk bersosial dan mahu membawa budaya yang sama ke Amerika Syarikat.

Pun begitu perkara tersebut ditentang oleh ibunya. Kemudian Howard berjaya merubah bisnes Starbucks menjadi sebuah kedai kopi yang lebih baik.

Bermula dengan menjadi ketua eksekutif pada 1987, Howard mahu membuka 100 cawangan namun kekurangan dana.Sehingga hari ini, Starbucks mempunyai lebih daripada 190,000 pekerja dan 24,000 cawangan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register