Share This Post

Forex dan Komoditi / Terkini

Dolar US Yang Lemah Menolak Harga Emas Naik $25 Sejak Hari Isnin Lalu

Dolar US Yang Lemah Menolak Harga Emas Naik $25 Sejak Hari Isnin Lalu

Harga emas terus mengukuh selama lima hari berturut-turut bermula Jumaat yang lalu, menghampiri semula paras tertinggi $1,3000 selepas jatuh ke paras terendah 1 bulan lepas, didorong oleh kelemahan dolar yang berterusan sepanjang minggu ini.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik mendadak sebanyak $10.17 atau 0.79% kepada $1,299.04 per auns pada jam 4.45 petang.

Dolar US mula melemah apabila ketegangan antara US dan Korea Utara muncul semula pada akhir pasaran minggu lalu. Kemudian diikuti dengan sentimen-sentimen matawang utama lain yang semakin pulih terus menghumban US dolar jatuh sehingga hari ini.

Antara faktor yang terus menekan dolar pada hari Khamis adalah laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi yang dilihat tidak menentu walaupun kebanyakkan ahli Fed yakin akan berlakunya peningkatan kadar faedah pada Disember, namun mereka lebih bernada dovish pada unjuran inflasi kerana kekal di paras yang rendah. Pergerakan inflasi yang perlahan menyebabkan ia semakin jauh daripada sasaran 2 peratus Fed.

Kejatuhan pada hasil bon US, juga menjadi faktor pengukuhan harga emas sepanjang minggu ini. Pasaran emas sensitif dengan perubahan greenback. US dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

Indeks harga pengeluar (PPI) US pada malam ini akan menjadi fokus para pelabur bagi mengukur kekuatan inflasi dan ekonomi Amerika yang telah menyebabkan gangguan terhadap pandangan bank pusat selama ini.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!