728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Dollar Mencatat Nilai Tertinggi Berbanding Matawang Lain Pada Awal Sesi Asia

Dollar Mencatat Nilai Tertinggi Berbanding Matawang Lain Pada Awal Sesi Asia

Pada awal Sesi Asia hari ini, Dollar mencatatkan keuntungan berbanding yen dengan kebanyakan pelabur mengikuti rapat perkembangan mata wang ini berbanding mata wang lain seperti yen, pound, dan euro. Hal ini kerana Greenback dilihat bakal menentukan hala tuju dasar kewangan.

USD/JPY dilihat menguat sebanyak 0.09% kepada 106.23, manakala AUD/USD diniagakan pada 0.7515 yang juga turut meningkat sebanyak 0.09%. Sementara itu, GBP/USD tidak berubah dan diniagakan pada 1.3112. Berlainan pula ditunjukkan oleh EUR/USD yang menurun sebanyak 0.03% iaitu berubah kepada 1.1018.

Asia juga merekodkan kenaikan sebanyak 0.2% bagi M1 leading Index berakhir Jun dan menunjukkan peningkatan dari bulan ke bulan. Hal ini lebih konsisten dengan unjuran Westpac yang mencatatkan pertumbuhan mantap sekitar 3% pada tahun akan datang.

Reserve Bank juga mengemaskini ramalan pertumbuhan dan inflasi pada bulan Ogos bagi penyata suku tahunan mengenai dasar monetari. Hal ini sekali gus memberikan isyarat penurunan kadar tunai.

Dalam tempoh 4 bulan, Dollar mencecah tahap tertinggi berbanding pesaing yang lain pada Selasa selepas laporan data perumahan dikeluarkan.

Dalam satu laporan berkaitan, US Commerce Department berkata, harga rumah mula melonjak ke tahap 4.8% iaitu sebanyak 1.189 juta unit. Laporan ini menunjukkan harga rumah mengatasi jangkaan konsensus yang hanya menjangkakan kenaikan sebanyak 1.17 juta.

Pada masa yang sama, permit bangunan yang dikeluarkan dianggap sebangai penunjuk utama bagi pasaran perumahan yang menunjukkan peningkatan kepada 1.5% iaitu sebanyak 1.153 juta unit. Hal ini melepasi ramalan awal iaitu sebanyak 1.15 juta unit.

USD/JPY meneruskan momentum menuju nilai tertinggi yang dicatat pada 24 Jun lalu, hari dimana UK mengambil keputusan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut mengemaskini ramalan global pada Selasa. Hal ini secara tidak langsung mengurangkan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia kepada 3.1% pada tahun 2016 berbanding 3.2% yang dicatat sebelum ini. Namun, IMF mengjangkakan kenaikan semua kepada 3.4% pada tahun depan.

UK antara yang terjejas teruk kerana IMF menjangkakan pengurangan pertumbuhan negara itu kepada 1.7% dari 1.9% sebelum ini. Penurunan kepada 1.3% juga dijangka pada 2017 berbanding jangkaan awal iaitu sebanyak 2.2% disebabkan isu Brexit.

Euro zon juga dijangka akan turut terkena tempias apabila pertumbuhan djangka menurun kepada 1.4% daripada 1.6%.

Sebaliknya berlaku kepada US apabila pertumbuhan negara itu berkurang dari 2.2% kepada 2.4% bukan merupakan impak dari Brexit, sebaliknya disebabkan jangkaan keluaran dalam negara (GDP) yang melemah pada suku pertama.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register