Dua Pergerakan Berbeza Dari 2 Matawang Ini Dalam Sesi Asia

0 11

US Dollar meningkat berbanding Yen dan Aussie pada awal sesi Asia hari ini berikutan ucapan Yellen minggu lepas konsisten dengan jangkaan sebelum ini. Kenaikan kadar bergantung kepada keadaan ekonomi yang kuat.

USD/JPY meningkat 0.17%, sementara AUD/USD merosot 0.16%.

USD/JPY, 1 Jam
USD/JPY, 1 Jam
AUD/USD, I jam
AUD/USD, I jam

Di Australia, data jualan rumah baru Housing Industry Association (HIA) menunjukkan peningkatan dari angka sebelum ini.

US Dollar Index kali terakhir dinilai pada 95.48. pelabur kini menumpukan perhatian kepada data NFP yang akan dikeluarkan minggu ini.

Minggu lalu, US Dollar mengalami peningkatan mendadak berikutan komen agresif dari 2 orang pegawai Fed yang membayangkan kenaikan kadar seawal bulan depan.

Pada Jumaat lepas, Yellen berkata, jangkaan kenaikan kadar menguat beberapa bulan belakangan ini disebabkan oleh peningkatan dalam pasaran buruh dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Berdasarkan Fed Rate Monitor Tool, jangkaan kenaikan kadar pada bulan September meningkat sehingga 33%.

Sudah tandakan event penting bagi minggu ini ke dalam kalendar anda? Klik disini!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa