728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Inspirasi

Dulu, Ada Yang Menganggap Jutawan Ini Gila!

Dulu, Ada Yang Menganggap Jutawan Ini Gila!

Pemuda yang berasal dari St. Louis, David Choi ini memulakan perniagaan dengan $18,000 di dalam akaunnya. Dalam tempoh 5 tahun, beliau berjaya menggandakan jumlah tersebut kepada $4.5 juta serta mempunyai rangkaian makanan segera yang terkenal di seluruh San Francisco.

Restoran Seoul Taco mengetengahkan hidangan Korea-Mexico melalui rangkaian restoran dan juga food truck.

Ini 3 nasihat pengasas Seoul Taco yang perlu anda hadam!

1. Mulakan sesuatu tanpa alasan

Beliau memulakan Seoul Taco di saat kegawatan ekonomi. Namun beliau menolak untuk bekerja makan gaji hampir 100 jam seminggu. Jadi, beliau terpaksa menjual kereta dan mengeluarkan semua wang simpanan untuk membeli sebuah food truck dengan harga $40,000.

  1. Kuatkan tekad dan semangat

Beliau cuba membuat taco (makanan tradisi Mexico yang terdiri daripada gulungan tortilla dengan daging atau ayam berserta sayur-sayuran di dalamnya) dan disesuaikan dengan resepi Korea. Menggunakan segala ilmu kerja sambilan di kedai menjual pizza, sandwich dan restoran China sebelum ini, taco beliau habis licin walaupun hanya pada hari pertama dilancarkan.

Taco

Taco

Ramai yang memandang sinis usaha beliau ini termasuk ahli keluarga Choi sendiri. Sehingga ada yang menganggap beliau gila, kecuali adik dan 2 orang rakan baik Choi yang membantu beliau mencatat keuntungan $22,00 hanya dalam masa satu hari!

  1. Lakukan perubahan positif setiap hari!

Sejak ditubuhkan, Seoul Taco kini mempunyai 100 pekerja dan semuanya bermula dari bawah. Beliau mahu semua pekerja mengetahui semua aspek perniagaan sebelum dinaikkan pangkat untuk menyelia restoran.

Kejayaan memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi.

Jika kita bersedia keluar dari kepompong hidup yang biasa, kita pasti jadi insan luar biasa!

 

Anda dah tonton Rancangan Moshed Biz ini? Subscribe segera dan stay tuned untuk episod 2!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register