Dunia Sukan Elektronik Menjadi Pilihan Alternatif Anak Muda Sebagai Sumber Ekonomi

0 331

Dunia sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-sukan semakin tahun mula mendapat pengikhtirafan di kebanyakkan negara. Di Malaysia sendiri, dunia e-sukan menjadi industri baharu negara.

Majoriti generasi muda menjadikan ia sebagai satu gaya hidup, namun atas dorongan ekonomi, e-sukan mula dibangunkan sebagai industri ekonomi digital. E-sukan juga menjadi sumber ekonomi baru kepada individu yang meminati permainan video secara positif.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh NewZoo, 1 daripada 7 orang mengetahui tetang e-sukan. Pada tahun 2016 sahaja pengguna e-sukan dianggarkan akan melebihi 1 billion. Menurut data yang dikeluarkan oleh Deloitte,sukan traditional berjaya mengutip hasil sebanyak $30 billion setiap tahun.

Tidak ketinggalan e-sukan yang merupakan salah satu bidang baru telah mencapai pencapaian memberangsangkan dengan berjaya menghasilkan $500 juta setahun secara purata tidak termasuk jualan game. Di US sahaja, hasil yang dikutip melalui sukan elektronik adalah antara $85 juta pada tahun 2014 kepada $1.2 billion pada tahun 2018.

Sukan elektronik bukan sahaja dipelopori oleh kaum lelaki tetapi juga kaum hawa. Berdasarkan fakta 38% adalah terdiri daripada kaum hawa.

Kerajaan juga memberi dorongan untuk anak muda menceburi bidang ini. Pada akhir tahun lepas Majlis Sukan Negara (MSN) membuat kenyataan bahawa MSN bakal menubuhkan satu unit khas bagi memperhebatkan arena E-Sukan di Malaysia.

Peruntukan dan bantuan akan disediakan kepada atlet-atlet E-Sukan sebagai persediaan untuk bertanding di Sukan Asia 2022 yang turut mempertandingkan acara E-Sukan.

Sekarang di negara-negara jiran, e-sukan bahkan menjadi sebahagian daripada sukatan perlajaran atau kokurikulum sekolah.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa