Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

ECB Akan Dapat Mencapai Sasaran Inflasi 2% – Constancio

ECB Akan Dapat Mencapai Sasaran Inflasi 2% – Constancio

Program pembelian aset oleh European Central Bank (ECB) telah berjaya melawan ancaman deflasi dan akan naik semula ke paras sasaran 2%, kata Naib Presiden ECB Vitor Constancio pada Selasa.

“Dengan mengekalkan darjah polisi monetari akomodatif yang besar, kami yakin akan dapat mencapai sasaran kami berdasarkan mandat yang ada,” kata Constancio di Frankfurt.

Kadar inflasi ECB berada di bawah sasaran sejak empat tahun lalu, di mana ketika ini kadar inflasi telah naik sehingga 1.5% daripada 0.4% Oktober tahun lalu. Bank pusat dalam mesyuarat minggu lalu menunjukkan isyarat untuk membincangkan soal program pembelian aset pada mesyuarat Oktober, di mana ia dijangka akan membuat lebih banyak keputusan dalam mesyuarat tersebut.

Dengan data-data ekonomi yang semakin baik dan inflasi yang terus meningkat, spekulasi semakin hangat yang mengatakan ECB dijangka akan mengurangkan jumlah pembelian bon semasa yang berjumlah 60 billion euro. Program ini akan berakhir pada Disember dan pasaran menjangka ECB akan mengurangkan amaun ini secara beransur-ansur.

Antara faktor yang menambah kekuatan Euro minggu lalu adalah disebabkan kurangnya kebimbangan bank pusat terhadap kenaikan kadar tukaran.

Presiden ECB Mario Draghi menyatakan dalam sidang media minggu lalu bahawa volatility(turun-naik) dalam kadar tukaran matawang adalah salah satu sumber ketidaktentuan di mana kestabilan harga perlu diteliti.

Beliau menegaskan bahawa kadar tukaran bukanlah sasaran polisi bank pusat, namun ia penting untuk pertumbuhan ekonomi dan inflaasi.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!