Quotes by TradingView

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

ECB Masih Belum Pasti Sama Ada Ingin Meneruskan Program Rangsangan Ekonomi Atau Tidak!

ECB Masih Belum Pasti Sama Ada Ingin Meneruskan Program Rangsangan Ekonomi Atau Tidak!

Keputusan mengenai masa depan program pembelian asset oleh Bank Pusat Eropah akan dimuktamadkan dalam mesyuarat bermula Disember nanti. Hal ini dinyatakan sendiri oleh penggubal dasar ECB iaitu Francois Villerroy de Galhau dalam satu temubual yang dilaporkan pada Khamis.

Bank Pusat Eropah dikatakan telah bersedia untuk mengkaji semula keputusan tersebut pada mesyuarat dasar pada 8 Disember nanti. Sebelum ini, bank itu menjalankan pembelian bon sebanyak 80 Billion Euro setiap bulan.

Pun begitu, satu sumber memberitahu Reuters bahawa program ini sebelum ini dirancang untuk diteruskan sehingga Mac.

telegram-moshed

Menurut Villeroy lagi, anggota ahli mesyuarat ECB akan bertemu beberapa kali lagi bermula Disember nanti.

Dalam pada itu, Villeroy juga berkata bahawa ECB akan meneliti kesesuaian program ini dengan keadaan ekonomi semasa sebelum membuat keputusan yang terbaik mengenai ekonomi mereka.

China Berhasrat Untuk Mengukuhkan Lagi Kedudukan Mereka Melalui Perjanjian RCEP!

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal