Quotes by TradingView

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

ECB Mengutarakan Kebimbangan Tentang Geopolitik Semasa Dunia

ECB Mengutarakan Kebimbangan Tentang Geopolitik Semasa Dunia

Bank Pusat Kesatuan Eropah yakin mereka mampu untuk melindungi zon Eropah daripada risiko ketastabilan harga yang mengejut dalam pasaran aset. Hal ini berikutan peristiwa politik seperti pemilihan Trump yang telah meningkatkan risiko volatility (turun-naik) di masa hadapan.

Timbalan Presiden ECB, Constancio mengatakan “kami pasti tentang ketaktentuan yang datang dari US”. Tambahnya lagi, “ECB akan terus menjaga kestabilan pasaran kewangan, saya tidak fikir akan ada ‘contagion’ yang signifikan kepada Eropah.

Laporan mengatakan, risiko kepada ‘correction’ pasaran global yang berpunca daripada ketaktentuan politik memberikan ancaman kepada bank, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Presiden baru US, Donald Trump yang akan menjalankan rangsangan fiskal akan meningkatkan perbelanjaan dan inflasi. Kesan kepada rangsangan fiskal US ini kepada Eropah sukar dijangka dengan polisi protectionist Trump yang terlalu menjaga dan mementingkan ekonomi US sahaja.

telegram-moshed

Menurut ECB, kita akan berhadapan dengan lebih banyak volatility (turun-naik). Tambahnya lagi, “Politik yang semakin tegang dan ketaktentuan politik yang sedang sibuk dengan kalendar pilihanraya di Eropah berpotensi untuk mendapat risiko daripada risk aversion pelabur di seluruh dunia.

Risk Aversion ialah, sifat pelabur-pelabur yang menarik pelaburan mereka dari pelaburan berisiko tinggi semasa ketaktentuan ekonomi dan politik. Selalunya mereka akan melabur dalam aset safe haven semasa ketaktentuan seperti ini iaitu bon, Yen dan Swiss Franc.

Bagi Constancio, polisi pengembangan US mungkin akan membawa “kesan perlindungan yang mengurangkan impaknya kepada negara-negara lain”. Beliau juga berpendapat, peningkatan dalam harga aset baru-baru ini akan mengukuh jika inflasi dan pertumbuhan ekonomi juga turut meningkat.

Pilihanraya US yang lalu memberi kejutan kepada dunia, undian Brexit di UK untuk meninggalkan Eropah dan berterusan dengan ketaktentuan politik di Zon Eropah menjelang pilihanraya yang akan berlangsung tahun hadapan. Berbanding laporan ECB enam bulan lalu, ECB kali ini semakin risau dengan risiko global kepada financial contagion.

Constancio menjelaskan walaupun Eropah berhadapan dengan risiko-risiko ini, ECB masi melihat pertumbuhan ekonomi 1.6% pada 2017 dengan inflasi naik ke paras 1.25%. Pun begitu, dia menekankan bahawa ada beberapa bank yang masih lemah dalam Zon Eropah.

Apa yang menjadi kerisauan ECB ketika ini adalah tahap keuntungan Bank yang rendah di seluruh Eropah disebabkan pertumbuhan ekonomi yang rendah. Hal ini juga sebenarnya berikutan kadar ECB yang terlalu rendah mencecah negatif.

 

Mark Sanggup Lakukan Apa Sahaja Asalkan Facebook Tidak Lagi Disekat Di China

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal