banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Ekonomi Amerika Akan Meleset Lebih Teruk Jika Federal Reserve Tidak Menaikkan Kadar Faedah?

Ekonomi Amerika Akan Meleset Lebih Teruk Jika Federal Reserve Tidak Menaikkan Kadar Faedah?

Naib pengerusi The Fed Stanley Fischer dalam ucapannya semalam mengatakan, “Ekonomi Amerika Syarikat akan meleset lebih teruk jika kadar faedah masih di tahap sama”. Beliau berpendapat bank pusat di seluruh dunia mengalami kesukaran untuk menstabilkan ekonomi di sebabkan kadar pertumbuhan dunia yang rendah.

Sasaran bagi setiap bank pusat biasanya adalah kadar inflasi yang optimum iaitu 2% dan kadar pengangguran yang tidak melebihi 5% bagi menentukan sesebuah negara itu adalah sihat dari segi ekonomi.

Walaupun Fed mempunyai alat polisi pelonggaran kuantitatif (quantitative easing) dan panduan hadapan (forward guidance) tetapi kadar faedah masih dikekalkan pada tahap yang rendah, quantitative easing dan forward guidance tidak akan berfungsi dengan sempurna.

telegram-moshed

Alat polisi pelonggaran ini adalah satu daripada polisi kewangan (monetary) yang digunakan oleh bank pusat, dimana bank pusat akan menambahkan penawaran wang atau pun jumlah wang di dalam negara itu supaya rakyat meningkatkan perbelanjaan dan membeli-belah seterusnya harga barang akan naik dan kadar inflasi secara tak langsung juga meningkat.

Namun beliau menegaskan bukan semudah itu untuk Fed menaikkan kadar.

Dalam ucapannya, beliau sesekali tidak menyentuh tentang polisi semasa dan potensi kenaikan kadar pada November atau Disember.

Tambahnya lagi, beliau telah menganalisis kesan dasar kewangan semasa dan mendapati ia adalah kurang memberangsangkan. Penyusutan KDNK (GDP) dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kadar faedah jangka panjang Fed pun turut dipotong.

Lojiknya dalam kenyataan Fischer ini adalah bila kadar pertumbuhan (KDNK) jatuh, ini menunjukkan ekonomi negara itu perlahan. Perlahan di sini bermaksud kurangnya eksport ke luar negara, kurangnya permintaan terhadap barangan tempatan ataupun keuntungan sektor swasta menyusut.

Oleh itu, bank pusat perlu menurunkan kadar faedahnya, supaya dengan kadar faedah yang rendah orang ramai mudah meminjam wang kerana kos yang rendah.

Bila rakyat mudah meminjam, para peniaga ataupun syarikat-syarikat besar mudah mengembangkan perniagaan yang secara tak langsung memberikan peluang pekerjaan.

Bilangan pekerjaan yang meningkat akan meningkatkan juga perbelanjaan rakyat secara keseluruhannya di samping mengurangkan kadar pengangguran.

Pun begitu, beliau mengatakan Fed sudah hampir dengan sasaran guna tenaga penuh dan inflasi 2%. Tegasnya lagi, polisi monetari semasa tidak meletakkan mereka dalam keadaan sukar untuk mencapai sasaran itu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register