banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Ekonomi UK Ibarat Retak Menanti Belah Angkara Brexit!

Ekonomi UK Ibarat Retak Menanti Belah Angkara Brexit!

Sejak undian Brexit yang meninggalkan kesan mendalam terhadap UK 24 Jun lepas, keinginan pelabur bagi menjalankan perjanjian merger and acquisition (M&A) juga seakan mati.

Dalam tempoh 4 minggu selepas Brexit, aktiviti M&A melonjak 19.8% di Eropah. Namun begitu, aktiviti tersebut menjunam sebanyak 7.4% di Britain dalam tempoh yang sama menurut penganalisis di Intralinks.

Trend itu kemudiannya dilihat berterusan apabila hanya segelintir pelabur sanggup untuk meneruskan penggabungan serta pengambilalihan syarikat yang bertapak di UK itu.

telegram-moshed

Menurut kaji selidik yang dijalankan Intralinks, majoriti responden menjangkakan permintaan bagi asset Eropah untuk 6 bulan akan datang berada pada tahap stabil serta berkemungkinan untuk meningkat.

Namun, jawapan yang berbeza dikeluarkan apabila mereka ditanya mengenai perkembangan ekonomi UK. Rata-rata menjangkakan permintaan bagi asset UK akan berkurangan semenjak Brexit yang lepas. Kebanyakan jawapan negatif ini diterima dari responden Jerman.

Lebih jelas, kebanyakan dealmakers merasakan risiko yang ditanggung oleh UK selepas Brexit agak tinggi sehingga menenggelamkan nilai syarikat. Matawang negara itu juga dijangka semakin melemah sehingga menyebabkan kebanyakan pelabur angkat kaki.

Capture

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register