Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Eksport Malaysia Mencatat Pertumbuhan 2 Angka Pada Bulan Oktober

Eksport Malaysia Mencatat Pertumbuhan 2 Angka Pada Bulan Oktober

Eksport negara Malaysia menunjukkan pertumbuhan 2 angka iaitu dengan mencatat peningkatan sebanyak 18.9% kepada RM82.41 bilion, melebihi angka RM80 bilion buat kali ketiga pada tahun ini.

Pertumbuhan ini merupakan pertumbuhan memberangsangkan selepas dua bulan pertumbuhan tahunan yang perlahan berikutan didorong permintaan yang lebih tinggi bagi barangan pembuatan dan perlombongan.

Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan dua angka dalam eksport untuk kebanyakan tahun 2017 setakat ini, mencapai sehingga 32.5% pada bulan Mei.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan , peningkatan eksport ini didukung oleh barang-barang elektrik dan elektronik, yang menyumbang lebih 37.7% daripada jumlah eksport Malaysia.

Selain itu, turut mencatat peningkatan eksport ialah minyak mentah petroleum, minyak sawit, produk minyak penyulingan, gas asli dan kayu balak.

Import pada Oktober meningkat 20.9% berbanding tahun sebelumnya, berbanding pertumbuhan 15.2% yang dicatatkan pada bulan September.

Dari segi pasaran, perdagangan dengan ASEAN pada Oktober meningkat 22.4% kepada RM43.28 bilion, berbanding setahun lalu, merangkumi 28.1% daripada jumlah perdagangan negara.

Lebihan dagangan bulan Oktober meningkat kepada RM10.6 bilion (US$2.61 bilion), meningkat daripada RM8.6 bilion pada bulan September.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!