Share This Post

Tips dan Nasihat

Elakkan Jadi Seorang Yang Sembang Lebat, Hasilnya Tak Ada!

Elakkan Jadi Seorang Yang Sembang Lebat, Hasilnya Tak Ada!

Semakin ramai rakyat Malaysia melibatkan diri dalam industri trading ini dengan instrumen yang berbeza.

Ada yang trade saham, ada yang trade komoditi dan ramai juga yang trade Forex.

Apabila berborak dengan trader, ramai yang dengan semangat menceritakan keinginan membuak-buak mahu menjana pendapatan daripada bidang ini.

Ramai juga bercerita mengenai kebebasan kewangan, kebebasan masa, berhenti kerja, trade sambil travel dan macam-macam lagi impian yang dimahukan daripada dunia seorang trader.

Namun sedihnya, 98% daripada mereka yang awalnya semangat ibarat seorang atlit di Olimpik Rio mahukan emas akhirnya kecundang.

Bukan kecundang tetapi mengalah! Lagi menyedihkan adalah mengalah kerana mindset awal melihat trading ini ibarat skim cepat kaya.

Paling senang nak tahu tahap serius seseorang mahu menjadi trader adalah dengan 4 soalan ini :

  1. Ada trading plan?
  2. Ada trading journal?
  3. Tahu kelemahan & kekuatan diri apabila trade?
  4. Ada gaya trading sendiri ke? 

Tanya soalan itu pada diri sendiri! Kalau boleh tulis dan tampal sebelah meja trading anda.

Jangan hanya pandai sembang “Aku nak jana income gila-gila dengan trading ni, boleh bantu ramai orang, bantu diri sendiri dan keluarga.” Tapi pandai dan rajinlah ambil tindakan yang membantu.

Ramai orang hanya pandai sembang lebat, hasil kelaut sebab tiada tindakan yang bersungguh-sungguh.

Nak belajar perkara asas pun taknak, nak belajar teknik ajaib langit ketujuh belas pula.

Kalau setakat nak main-main, ingatlah anda sedang main-main dengan duit anda. Kalau terbakar duit tu, tak ke putih mata?

Join skim ponzi dan mengharapkan signal semata-mata tanpa mahu belajar adalah antara simptom mahu cepat kaya yang sangat-sangat patut dielakkan.

Elakkan juga bergaduh di media sosial mahupun realiti. Bina dan kembangkan reputasi dengan baik.

Jadilah seorang trader serius yang mempunyai minda kelas pertama. Tunjukkan bahawa trader daripada kita sangat hebat dan berdisiplin.

Dan tanyalah diri sendiri, sejauh mana usaha yang sudah dilakukan untuk berjaya dalam bidang mencabar ini. Sudah belajar, praktik ke tidak?

Muhasabah diri dan teruskan usaha. Jangan mengalah!

Kering motivasi? Lihatlah filem-filem yang disenaraikan di sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register