Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Emas Antara Yang Mencuri Tumpuan Apabila Kadar dinaikkan!

Emas Antara Yang Mencuri Tumpuan Apabila Kadar dinaikkan!

Harga emas menjunam teruk selepas Fed menaikkan kadar awal pagi tadi. Fed lebih menambah beban terhadap logam kuning apabila menjangkakan peningkatan kadar sebanyak tiga kali lagi pada tahun 2017.

Emas di Comex New York Merchantile Exchange jatuh sebanyak 1.66% kepada $1,144.35 satu troy ounce. Sementara itu, silver futures dan copper futures masing-masing merosot sebanyak 2.26 peratus dan 0.46 peratus.

Pelabur juga sedang memberi fokus kepada sejauh mana rancangan Donald Trump mampu meningkatkan ekonomi AS selang beberapa hari sebelum Trump dilantik secara rasmi menjadi Presiden AS.

Pengerusi Fed, Janet Yellen juga mengesahkan bahawa Fed ada menemui barisan kebinet Trump bagi mendapatkan pandangan jelas mengenai rancangan ekonomi Trump. Namun, mereka enggan memberi sebarang komen mahu pun keterangan mengenai status dasar tersebut kerana bimbang akan tercetusnya Krisis Kewangan Global.

Yellen juga membuat kesimpulan bahawa langkah berhati-hati perlu diambil bagi mengukuhkan sistem kewangan agar krisis kewangan yang dahsyat sama sekali tidak terjadi.

Ada Kejutan daripada Pasaran Buruh Australia Yang Perlu Anda Tahu Segera!

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!