728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Emas Masih Belum ‘Move On’ Dengan Kenyataan Yellen Minggu Lepas

Emas Masih Belum ‘Move On’ Dengan Kenyataan Yellen Minggu Lepas

Harga emas merosot dalam sesi Asia pada Isnin apabila para pelabur terus mencerna kenyataan Yellen pada hujung minggu lepas.

Emas bagi penghantaran Disember di Comex menurun kepada $1,323.55 satu troy ounce.

Juga di Comex, silver futures dan copper futures turut jatuh 0.54% dan 0.26%.

Minggu ini, tumpuan pasaran bakal beralih kepada data nonfarm payrolls (NFP) Amerika Syarikat dan data sektor pembuatan China untuk petunjuk terkini mengenai pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Selain itu, pasaran UK ditutup pada Isnin.

Minggu lepas, pasaran emas agak tidak stabil pada Jumaat sebelum pasaran meneliti ucapan Yellen yang berkemungkinan bakal menyaksikan kenaikan kadar dalam mesyuarat Fed pada September. Hal ini berikutan komen positif daripada kedua-dua pegawai tertinggi bank pusat.

Dalam ucapan Yellen pada Jumaat, beliau berkata jangkaan kenaikan kadar menguat disebabkan pertumbuhan ekonomi yang agak baik dan lonjakan dalam pasaran buruh.

Pun begitu, Fed hanya akan menaikkan kadar bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

Walaupun mendapat keuntungan sederhana pada Jumaat, logam kuning itu masih mengalami kerugian terbesar sejak pertengahan Julai lalu iaitu sebanyak 1.5%.

7 Perkara Yang Forex Trader Wajib Ingat!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register