Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Emas Melonjak Tinggi Selepas Mendapat Berita Gembira Dari China!

Emas Melonjak Tinggi Selepas Mendapat Berita Gembira Dari China!

Dalam sesi Asia hari ini, harga emas melonjak tinggi selepas mendapat manfaat daripada data positif yang dikeluarkan China sebelum ini. China merupakan negara yang bersaing dengan India sebagai pengimport utama logam kuning di dunia.

Emas di bahagian Comex juga meningkat sebanyak 0.11 peratus kepada $1,186.25 satu troy ounce. Bagi komoditi lain, niaga tembaga juga melompat kepada 0.87 peratus selepas data positif dan pertumbuhan ekonomi terus meningkatkan sentimen.

Di China, harga pengguna bagi bulan Disember meningkat 0.2 peratus termasuk peningkatan sebanyak 5.5 peratus pada bulan Disember yang meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh 5 tahun. Suruhanjaya perancangan di China juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.7 peratus pada tahun 2016.

Semalam, harga emas sedikit menjunam berikutan kebimbangan perubahan dasar ekonomi  oleh Trump yang berpotensi meningkatkan inflasi.

Pengeluar Kedua Terbesar OPEC ini Telah Mula Mengurangkan Bekalan!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register