Quotes by TradingView

Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Emas Mula Jadi Tumpuan Disaat US Dollar Mula Memperlahankan Keuntungan!

Emas Mula Jadi Tumpuan Disaat US Dollar Mula Memperlahankan Keuntungan!

Harga emas meningkat dalam sesi Asia disaat US Dollar mula memperlahankan keuntungannya. Matawang ini mengalami kenaikan mendadak bulan lalu sebaik sahaja Trump menyandang jawatan presiden.

Emas bagi penghantaran Disember meningkat dalam dagangan hari ini, sama seperti silver futures dan copper futures yang masing-masing meningkat sebanyak 0.29% dan 0.49%.

Semalam, harga emas meningkat lebih daripada 1% serta kembali pulih daripada junaman yang dibuat sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh pengukuhan matawang Greenback, yang melonjak hampir ke paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun minggu lalu.

US Dollar didagang melemah dalam sesi ini selepas kebanyakan pelabur mengambil untung besar-besar dalam sesi kenaikan sebelum ini.

Matawang ini juga terkesan dengan ketidaktentuan pasaran minyak mentah gara-gara pertemuan OPEC dalam menjawab teka-teki terhadap potensi pembekuan bekalan.

Kelemahan matawang Greenback akan memberi kelebihan buat emas kerana logam berharga ini dinilai berbanding US Dollar.

Emas juga dikatakan sensitif dengan sebarang perubahan kadar kerana peningkatan kadar akan melonjakkan kos untuk memiliki komoditi kuning ini.

 

Update Matawang Sesi Asia Yang Semua Trader Perlu Ambil Perhatian! 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal