Quotes by TradingView

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi New York

Empat Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Sesi New York

Empat Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Sesi New York

Minit Mesyuarat The Fed, Data US memastikan kenaikan kadar.

Dalam minit mesyuarat Federal Reserve Open Market Committee (FOMC) yang telah berlangsung dua minggu lepas, ahli FOMC secara umumnya, bersetuju tentang potensi untuk menaikkan kadar (Fed Fund Rate) yang semakin kuat.

Sebahagian besar ahli dalam FOMC berpendapat adalah bersesuaian untuk menaikkan kadar atau target range Fed Funds Rate secepat mungkin jika data-data terdekat ini memberikan isyarat yang menunjukkan peningkatan ke arah objektif sasaran The Fed.

Bacaan Durable good pada bulan Oktober meningkat 4.80% dengan bacaan September juga mencatatkan peningkatan 0.40% yang merupakan data kajian semula selepas dilaporkan jatuh sebanyak 0.30%. Bacaan ini sejajar dengan jangkaan penigkatan secara berperingkat dalam perbelanjaan modal.

US dolar mencapai para tertinggi

US dolar meneruskan penguatannya pada Khamis dengan andaian peningkatan potensi kenaikan kadar bulan depan. Indeks US dolar mencapai paras tertinggi sejak 13 tahun lalu berbanding matawang utama dunia yang lain. US dolar mencapai paras 102.11 empat jam lepas dan kini didagangkan di paras 101.65. Indeks ini telah pun menguat sebanyak 3% bulan ini berikutan jangkaan kenaikan kadar pada Disember dan andaian pasaran bahawa Trump akan meningkatkan rangsangan fiskal yang akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan inflasi di US.

Pasaran ekuiti Eropah naik selepas kenaikan Wallstreet

Saham Eropah naik sedikit pada Khamis sehari selepas Wallstreet mencatatkan rekod tertinggi. EURO STOXX 50 naik 0.14%, France’s CAC 40 naik 0.22%, manakala German DAX 30 meningkat 0.14%. di Asia pula Nikkei naik 0.9% berikutan kejatuhan nilai Yen. Hari ini pasaran New York ditutup bersempena cuti umum ‘Thanksgiving’.

Harga minyak bergerak tenang

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) meningkat ke paras $48.20 dari $48.00  sejurus data dikeluarkan. Pun begitu, harga minyak mentah ini berada di paras 48.08 semasa artikel ini ditulis yang menunjukkan masih terdapat keraguan kepada perjumpaan OPEC minggu hadapan.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal