Empat Tips Melindungi Wang Anda Walaupun Dengan Kejatuhan Pasaran

0 457

Pelabur-pelabur pasaran saham tidak lama lagi akan meraikan keuntungan mereka pada 2017 dengan kenaikan dua digit di Wallstreet sehinggalah ke pasaran Asia khususnya Hong Kong. Ini tidak termasuk Bursa Malaysia kerana masih gagal melepasi paras 2,000 mata dengan kebimbangan pasaran terhadap pilihanraya tahun 2018.

Kita lupakan Bursa Malaysia dan melihat bagaimana keuntungan yang dicapai oleh pelabur di Wallstreet dengan ketiga-tiga bursa terbesar (S&P500, Nasdaq dan Dow Jones) beberapa kali melepasi paras tertinggi sejak sebelum pilihanraya Presiden U.S. tahun lalu.

Walaupun dengan kenaikan yang begitu baik, ia tetap tidak boleh menandingi kenaikan matawang-Crypto khususnya Bitcoin yang naik berkali-kali ganda sejak awal tahun ini.

Bagaimana agaknya pelabur Crypto yakin untuk melabur ke dalam matawang digital yang tidak banyak sumber maklumat yang boleh didapati? Bagaimana agaknya pelabur di Wallstreet tidak dapat membaca kenaikan matawang-Crypto?

Ada juga laporan bahawa terdapat pelabur yang menjual keseluruhan aset untuk melabur ke dalam matawang-Crypto. Ada yang sanggup menjual kesemuanya untuk dilaburkan ke dalam Bitcoin semata-mata tidak mahu terlepas gelombang kedua kenaikan Bitcoin.

Dengan tindakan pelaburan yang seakan berjudi, di sini disenaraikan 4 tips untuk anda melindungi wang anda daripada kejatuhan pasaran sekalipun anda adalah pelabur Bitcoin. Tips dan nasihat ini diberikan sendiri oleh badan kajiselidik Stanberry:

1. Seimbangkan  portfolio pelaburan anda. Adakah pelaburan anda semuanya merangkumi matawang digital sahaja? Seimbangkan ataupun pelbagaikan portfolio pelaburan contohnya saham.

2. Disiplin dengan paras Stop Loss. Lepaskan posisi yang tidak menguntungkan. Lebih baik kalah dalam pertarungan daripada terus bertahan dan kalah dalam peperangan.

3. Simpan duit tunai. Ia mungkin aset yang kurang menarik dekad ini, tetapi ia adalah antara yang selamat dan mudah digunakan. Jika harga aset-aset jatuh pada satu ketika nanti, wang tunai tetap boleh digunakan seperti hari ini.

4. Berhati-hati meletakkan pelaburan dalam aset yang berpotensi jatuh menjunam. Stanberry mencadangkan saiz posisi yang selamat dan menggesa anda supaya tidak merisikokan lebih daripada 2% modal yang ada dalam satu-satu dagangan.

Jika anda hanya meletakkan risiko 2% dalam pelaburan Crypto contohnya, walaupun dengan kejatuhan matawang tersebut ke paras kosong anda hanya mengalami kerugian maksimum 2% sahaja.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa