banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

EU Referendum : Lagenda bola sepak England ini menyokong Bremain

EU Referendum : Lagenda bola sepak England ini menyokong Bremain

Selain daripada David Cameron, ramai selebriti menyokong United Kingdom untuk kekal dalam European Union.

Antaranya adalah JK Rowling, penulis siri buku Harry Potter. Katanya “EU tidak sempurna namun ia boleh diperbaiki.”

Dan salah seorang daripada lagenda bola sepak England, David Beckham antara selebriti yang menyokong Bremain.

telegram-moshed

Katanya, “Kita sepatutnya hadapai masalah dunia bersama bukan bersendirian, sama dengan bola sepak, tim bola sepak memerlukan semangat kerjasama.”

David Beckham yang juga merupakan duta Unicef mengingatkan pengundi-pengundi agar memikirkan masa depan anak cucu mereka sebelum undian esok.

David Beckham bermain sebanyak 115 kali untuk England dan memenangi beberapa piala bersama Manchester United sebelum ke Real Madrid dan LA Galaxy menghormati keputusan mereka yang mahukan Brexit tetapi baginya masa depan United Kingdom dilihat lebih cerah jika bersama European Union.

Daripada pengalaman David Beckham sepanjang di atas padang, kemenangan Manchester United pada 1990-an dibantu oleh pemain-pemain dari Eropah.

Menurut kajian BBC, seramai 332 pemain Eropah bermain dalam Liga Perdana dan jika Brexit berlaku, lebih daripada 100 orang pemain tersebut diiktiraf tidak mendapat permit kerja dan terpaksa pulang ke Eropah bermain di sana kerana tidak mempunyai lesen bekerja antarabangsa dan hanya menggunakan lesen European Council.

Antara mereka adalah, Dimitri Payet dari Perancis, Midfielder/Forward West Ham. N’Golo Kanté, dari Perancis juga, Midfielder Leicester City.

Dimitri Payet (AFP)

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register