728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

EU Tidak Akan Benarkan UK Memilih Dalam Rundingan Nanti

EU Tidak Akan Benarkan UK Memilih Dalam Rundingan Nanti

Menteri Asing Jerman Michael Roth memberi amaran kepada United Kingdom yang rundingan UK meninggalkan EU adalah sukar dan Britain tidak akan dibenarkan untuk memilih apa yang terbaik untuk UK sahaja.

“Jika UK mahukan akses pasaran eropah sepenuhnya tetapi mahu mengehadkan keluar masuk akses pekerja asing dari Jerman, Perancis atau Poland, kita tidak akan dapat capai persetujuan. Kami telah menegaskan kepada UK mereka tidak boleh memilih hanya yang terbaik buat mereka sahaja”.

Canselor Jerman, Angelar Merkel yang mengepalai EU meluangkan masa minggu lepas dengan membuat lawatan sekitar Eropah bagi mengadakan persidangan EU yang pertaman tanpa UK.

Merkel memulakan lawatan yang pertama di Bratislava kemudiannya ke Perancis, Itali, Prage dan Warsaw sebelum perbincangan dengan pemimpin EU di Berlin nanti.

Merkel memberitahu, “Ramai yang mahu menerima Eropah selagi dijanjikan kelebihan dan Brexit bukan sekadar satu peristiwa malah merupakan satu titik tanda yang akan merubah sejarah persepaduan EU”.

Pemimpin Romania dan Poland berkata yang mereka bersetuju untuk berbincang dengan UK sekiranya UK memastikan rakyat mereka yang bekerja di UK dikekalkan.

EU berkata rundingan dengan UK tidak akan bermula selagi Perdana Menteri UK, Theresa May belum melaksanakan artikel 50 dan menghantar surat rundingan kepada EU.

Lelaki ini marah dengan Brexit. Klik untuk baca

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register